Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak hartanah mungkin dilelong sedang petisyen kemuflisan meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak rumah di Singapura mungkin dilelong tahun ini sedang jumlah petisyen kemuflisan meningkat.

Ini di tengah-tengah kos kehidupan yang kian meningkat, kadar faedah yang melambung tinggi dan pengurangan dalam langkah-langkah sokongan pandemik.

Demikian menurut firma perunding hartanah Knight Frank, dalam laporan terkini berhubung pasaran lelong pada 30 Januari.

Data Kementerian Undang-undang menunjukkan bahawa seramai 3,648 individu memfailkan bagi kemuflisan tahun lalu, naik 15 peratus berbanding 3,160 permohonan yang difailkan pada 2021.

Terdapat 420 senarai lelongan pada 2022. Perangkaan tersebut, termasuk senarai berulang, boleh meningkat 40 hingga 50 peratus sehingga sekitar 600 tahun ini, menurut Knight Frank dalam laporannya.

Senarai itu termasuk 184 hartanah kediaman privet yang dilelongkan oleh para pemilik atau bank, serta 211 unit komersial termasuk kedai-kedai runcit, pejabat dan ruang perindustrian. Terdapat 11 rumah kedai, 12 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan dua hartanah lain yang diklasifikasikan sebagai "lain-lain".

Selain lebih banyak rumah yang dilelongkan, bilangan hartanah komersial dan industri yang ditawarkan untuk penjualan juga meningkat. Ini sedang lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (SME) meninggalkan perniagaan mereka di tengah-tengah prospek ekonomi yang suram, menurut laporan Knight Frank.

KADAR FAEDAH KIAN MENINGKAT

Setakat ini, pasaran lelong tersebut belum menyaksikan kesan kadar faedah yang kian meningkat dengan sepenuhnya. Bank-bank memberitahu Mediacorp bahawa perampasan tidak meningkat, meskipun lebih ramai pelanggan meminta untuk membiayai semula pinjaman rumah mereka bagi kadar faedah yang lebih baik.

UOB menyatakan bahawa ia belum menyaksikan kenaikan yang ketara dalam kalangan para pelanggan yang memerlukan bantuan dengan pinjaman mereka mahupun sebarang "tekanan sistemik" dalam portfolio gadai janjinya, kata Cik Jacquelyn Tan, ketua perkhidmatan kewangan peribadi kumpulan.

Maybank juga menyatakan bahawa ia tidak menyaksikan sebarang pertambahan dalam kalangan para pelanggan yang meminta bantuan bagi pembiayaan gadai janji. Sekalipun demikian, lebih ramai pelanggan dilihat bertanya mengenai pakej pinjaman yang lebih murah menyusuli lonjakan dalam kadar faedah, kata seorang jurucakap.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan