Lebih banyak cuti ibu bapa, jagaan bayi dalam perancangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak cuti bagi yang baharu menjadi bapa serta aturan kerja lebih fleksibel kini dalam pertimbangan.
Kepimpinan 4G Singapura sedang mencari lebih banyak cara untuk membantu rakyat mengemudi liku-liku menjadi ibu bapa, serta mengimbangi tuntutan pekerjaan dan kehidupan berkeluarga.
Ini semua sebahagian daripada peta hala tuju Singapura bagi menyokong keluarga pada setiap tahap kehidupan.
Sebagai salah satu negara yang paling pantas menua, serta kadar kelahiran di paras terendah dalam sejarahnya, tekanan semakin meningkat untuk memastikan penduduk Singapura dapat berkembang maju.
Untuk meringankan tekanan tersebut, pemerintah mengambil beberapa langkah lanjut bagi membantu keluarga.
Antara peralihan penting yang pertama, memastikan para bapa baharu dapat menetap di rumah lebih lama sejurus bayi dilahirkan.
"Kesemua bukti menunjukkan kanak-kanak membesar dengan lebih selamat dari segi emosi, lebih menyesuaikan diri dan lebih maju dalam hidup, apabila kaum bapa terlibat sejak peringkat awal. Ini akan perlukan perubahan minda, ia perlukan perubahan dalam aturan kerja, dan perlukan penglibatan majikan juga," kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah.
Maka itu, pemerintah sedang mengkaji bagaimana cuti ibu bapa yang ditanggung pemerintah boleh ditambah, dengan mengambil kira keperluan ibu bapa serta kesan terhadap perniagaan.
Namun, Cik Indranee menekankan bahawa masyarakat juga perlu mainkan peranan untuk mencapainya.
"Sekiranya seseorang mahu menjadi seorang ibu dengan menjalani rawatan kesuburan ingin mengambil cuti, majikan mungkin memahaminya," kata Cik Indranee.
"Tapi sekiranya sang suami mahu mengambil cuti agar dapat bersama si isteri yang sedang menjalani rawatan kesuburan, mungkin reaksi awal: mengapa? Jadi perubahannya adalah apabila reaksi spontan majikan adalah "tentu sekali, anda perlu menyokong isteri anda" dan bukan "kenapa anda harus pergi?". Perubahan sebegini tidak boleh dilaksanakan melalui undang-undang," tambahnya.
Menurut pengurus sumber manusia tempatan, aturan kerja fleksibel sebegitu bukan sahaja meningkatkan semangat pekerja, ia juga membantu dari segi daya penghasilan.
Membantu keluarga muda di Singapura juga bermakna, lebih banyak usaha untuk memastikan flat HDB dapat terus dimampui.
Pemerintah sedang berusaha untuk mempercepatkan lagi jadual binaan flat-flat BTO.
Baru-baru ini, klasifikasi baharu perumahan awam turut diperkenalkan bagi memastikan flat HDB lebih mudah dimiliki.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.