Skip to main content

Singapura

Lebih banyak curahan hujan dijangka bagi separuh kedua Mei

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak hujan dan suhu lebih rendah dijangkakan pada separuh kedua bulan Mei, menurut Jabatan Kaji Cuaca pada Selasa (16 Mei).

Ini akan membawa sedikit kelegaan selepas Singapura berdepan cuaca panas pada separuh pertama bulan ini, dengan suhu meningkat kepada 37 darjah Celsius Sabtu lalu - menyamai rekod 40 tahun lalu bagi suhu maksimum harian tertinggi.

Bagi dua minggu mendatang, badai Sumatera mungkin membawa hujan berserta guruh yang meluas dengan angin kencang antara waktu subuh dan pagi pada beberapa hari, jelas Jabatan Kaji Cuaca.

Ia menambah bahawa hujan renyai-renyai berserta guruh boleh dijangkakan di beberapa bahagian Singapura antara sebelah tengah hari dan petang pada beberapa hari.

Secara keseluruhannya, hujan hampir melebihi paras purata dijangkakan pada separuh kedua bulan Mei dan jumlah hujan untuk bulan ini diramal hampir paras purata di kebanyakan bahagian Singapura.

Bagi dua minggu akan datang, suhu maksimum harian dijangkakan antara 33 darjah Celsius dengan 34 darjah Celsius bagi kebanyakan hari. Ia juga boleh mencecah setinggi 35 darjah Celsius bagi beberapa hari.

Keadaan panas dan lembap juga boleh dijangkakan bagi sebilangan malam apabila angin dari tenggara atau selatan meniup "udara panas dan lembap" dari laut ke arah Singapura.

Pada malam-malam itu, suhu minimum harian boleh mencecah 28 darjah Celsius, terutama sekali di kawasan pantai di bahagian selatan dan timur Singapura.

SEPARUH PERTAMA MEI

Pada separuh pertama bulan ini, keadaan silang monsun di Singapura, dengan angin yang "sepoi-sepoi dan dari arah yang berubah-ubah", menurut Jabatan Kaji Cuaca.

Ia juga menyatakan hujan gerimis berserta guruh melanda beberapa bahagian Singapura pada kebanyakan hari, biasanya pada sebelah tengah hari.

Curahan hujan harian sebanyak 113.2mm yang dicatatkan di Paya Lebar pada 4 Mei adalah curahan hujan tertinggi bagi separuh pertama bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca, sambil menambah bahawa minggu seterusnya kebanyakannya kering.

Separuh pertama bulan Mei adalah panas, dengan suhu maksimum melebihi 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari. Suhu setinggi 35 darjah Celsius atau lebih tinggi dicatatkan pada lapan hari.

Sebilangan lokasi mencatatkan suhu menjangkaui 36 darjah Celsius, dengan 37 darjah Celsius, yang dicatatkan di Ang Mo Kio, adalah suhu paling panas tahun ini.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita