Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bilik, ruang ulang kaji pelajaran di Woodlands jelang peperiksaan akhir tahun

Lebih banyak ruang disediakan di bahagian utara negara untuk para pelajar mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan nasional peringkat GCE 'O' dan 'A'. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak bilik, ruang ulang kaji pelajaran di Woodlands jelang peperiksaan akhir tahun

Bilik belajar di Zon 2 (Blok 846) di Woodlands. (Gambar: Mariam Jaafar/Facebook)

SINGAPURA: Lebih banyak ruang disediakan di bahagian utara negara untuk para pelajar mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan nasional peringkat GCE 'O' dan 'A'.

Berita baik itu dikongsi oleh Anggota Parlimen GRC Sembawang Mariam Jaafar awal minggu ini di laman Facebooknya.

Langkah itu, menurut beliau, adalah berdasarkan permintaan oleh seorang penduduk yang meminta lebih banyak ruang belajar diperuntukkan bagi anak-anaknya duduk belajar. Ini kerana ia sukar untuk mereka berbuat demikian di rumah akibat gangguan bunyi bising daripada kerja-kerja binaan.

"Kami ada beberapa kerja binaan yang sedang dijalankan di kejiranan kita buat masa ini," ujar Cik Mariam.

Namun, beliau akur ia juga bertepatan dengan tempoh peperiksaan penting yang sedang diduduki para pelajar peringkat 'O' dan 'A', khususnya.

Lantaran itu, Cik Mariam berkata pihaknya sudahpun membuat aturan untuk membuka ruang belajar tambahan di dua pusat Rangkaian Penduduk (RN) sejak 14 Oktober.

Berikut adalah butiran mengenai ruang-ruang belajar di pusat RN tersebut:

  • Z2 (Blok 846): Isnin hingga Jumaat, 2.00 petang hingga 9.00 malam dan Sabtu, 10.00 pagi hingga 2.00 petang
  • Z4 (Blok 862): Isnin hingga Jumaat, 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan Sabtu, 10.00 pagi hingga 2.00 petang

Selain itu, dua bilik tambahan juga diperuntukkan untuk tujuan yang sama di Kelab Masyarakat Woodlands:

  • #04-03 Isnin - Ahad, 10.00 pagi hingga 10.00 malam
  • #04-02 Isnin - Jumaat, 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Kedua-dua bilik ini sebagai tambahan kepada bilik-bilik belajar yang sememangnya sudah disediakan sebelumnya, namun hampir mencapai kapasiti penuh.

Bagi semua bilik dan ruang belajar itu, keutamaan akan diberikan kepada para pelajar peringkat GCE 'O' dan 'A' yang tinggal di kawasan-kawasan berikut, di mana kerja-kerja binaan sedang dijalankan:

  • Daerah HIP (Blok 816-821, 824, 825, 828-835, 837 and 838)
  • Kerja binaan tempat letak kereta atas bumbung di Blok 874A
  • Kerja naif taraf di Woodlands North Plaza
  • Kerja binaan RTS/CIQ
  • Kerja binaan Admiralty Place

"(Saya) berharap ini akan membantu meringankan sedikit tekanan. Sila pastikan tempat bersih dan senyap untuk semua dan patuhi langkah-langkah pengurusan selamat," pesan Cik Mariam.

"Selamat maju jaya untuk peperiksaan anda. Masyarakat Woodlands sentiasa menyokong anda." 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan