Lebih banyak bekas minuman dikumpul di mesin kitar semula
Mesin-mesin di kawasan di mana ramai orang lalu-lalang menerima sekitar 300 hingga 400 tin atau botol sehari.
Mesin kitar semula oleh ALBA W&H Smart City.
Apabila mesin-mesin itu pertama kali dipasang pada Mac 2021, mesin-mesin di kawasan di mana ramai orang lalu-lalang menerima sekitar 300 hingga 400 tin atau botol sehari.
Jumlah ini semakin naik sekitar seganda kepada kira-kira 650 hingga 700 bekas sehari, menurut pengurus kemampanan ALBA W&H Smart City, Sandra Sajen pada Jumaat (23 Sep).
Mesin-mesin kitar semula mungkin salah satu cara pengguna boleh memulangkan bekas-bekas minuman mereka apabila skim deposit oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dilaksanakan pada 2024.
Di bawah skim yang diusulkan itu, mereka yang membeli minuman yang sudah dibungkus mungkin perlu membayar lagi 10 atau 20 sen sebagai wang deposit bagi minuman mereka. Ini adalah cara menggalak usaha kitar semula.
Mereka akan mendapat wang deposit mereka semula apabila tin atau botol dipulangkan di tempat-tempat pemulangan yang dikhususkan, yang belum lagi diumumkan.
Pada peringkat awal, ia mungkin melibatkan tin dan botol plastik sahaja.
NEA sedang dalam proses mengumpul maklum balas berhubung isu-isu seperti jumlah deposit untuk dikenakan dan di mana bekas-bekas minuman itu boleh dipulangkan.
Beliau menambah sekalipun demikian, syarikat itu tetap menerima panggilan daripada anggota masyarakat yang mendapati mesin-mesin itu penuh pada luar waktu sibuk.
Lima mesin kitar semula syarikat itu, yang terletak di kawasan Jurong, mengumpul purata 1,200 tin dan botol sehari. Mesin-mesin di Pasar dan Pusat Penjaja Yuhua dan Pioneer Mall menyaksikan jumlah orang lebih ramai dan mesinnya kerap penuh, kata Cik Sajen.
Mereka yang mengitar semula barangan dengan ALBA W&H Smart CIty boleh menebus ganjaran mereka di aplikasi mudah alih syarikat itu. Dengan mengumpulkan 6,000 mata, atau sekitar 80 bekas pengguna boleh mendapat baucar GrabFood atau baucar pengangkutan Grab bernilai S$2, yang boleh ditebus sebulan sekali.
Ini membawa kepada insentif sekitar S$0.025 bagi setiap tin, jelas Cik Sajen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.