Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bantuan kumpul dana bagi tujuan kebajikan

Pihak-pihak yang ingin mengumpul dana demi kebajikan bakal menerima lebih banyak bantuan dari Tote Board.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Feb 2018 07:33PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 09:44PM

SINGAPURA: Pihak-pihak yang ingin mengumpul dana demi kebajikan bakal menerima lebih banyak bantuan dari Tote Board.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong di karnival sempena meraikan ulang tahun ke-30 pertubuhan itu hari ini (10 Feb).

Buat masa ini, program dana oleh Tote Board memadankan 20 peratus daripada dana yang dikumpulkan menerusi inisiatif-inisiatif akar umbi untuk membantu mereka yang memerlukan dalam kalangan masyarakat.

Jumlah ini akan digandakan di bawah satu inisiatif selama setahun.

Had dana juga akan dinaikkan dari $S$50,000 kepada S$100,000 bagi setiap projek, yang akan dilaksanakan antara bulan April 2018 dengan Mac 2019.

Sebanyak S$50 juta diperuntukkan bagi inisiatif tersebut.

Menurut Tote Board, sejak tahun 2006, ia sudah menyokong lebih 3,000 projek mengumpul dana dan ia berjaya mengumpulkan hampir S$900 juta.

Seorang individu yang berharap untuk memanfaatkan geran yang sudah dipertingkat itu adalah Encik Goh sendiri.

Malah, beliau sudah mempunyai idea bagaimana untuk menggunakannya.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak. Kita perlu mengadakan anugerah peringkat nasional atau masyarakat bagi insan-insan memerlukan, berkeperluan khas yang cemerlang.

"Kemudian, kita perlu mengadakan anugerah kategori kedua yang dipanggil Anugerah Harapan bagi mereka yang berpotensi namun belum dapat merealisasikannya. Mereka perlu diberikan bantuan yang ada supaya mereka boleh merealisasikan aspirasi mereka," kata ESM Goh.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan