Lebih banyak bantuan kini tersedia untuk mangsa dera jalani pemulihan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak bantuan kini tersedia bagi membantu mangsa-mangsa penderaan menjalani proses pemulihan mereka.
Wartawan Syawal Yusoff bertemu dua pegawai dari rumah perlindungan Casa Raudha dan Rumah Kebajikan Muhammadiyah bagi berkongsi antara pendekatan yang diambil mereka untuk bantu pemulihan para mangsa.
Di sebalik senyuman tawa riang pasangan ibu dan anak ini, memang sukar untuk dibayangkan mereka pernah melalui satu detik hitam dalam kehidupan mereka.
Cik Trisha Amirah, 34 tahun dan empat anaknya, pernah menjadi mangsa penderaan suaminya.
Cik Trisha berkata: "Saya kena penderaan mental, fizikal dan seksual. Yang paling rabak yang saya dapat memaafkan diri saya ialah apabila anak sulung saya dicampak dan dipijak. Kemudian dia dipikul dengan wayar vakum."
Begitulah keperitan hidup yang terpaksa ditempuhi Cik Trisha dan empat orang anaknya selama lebih lima tahun.
"Apabila saya tanyakan anak sulung saya 'Abang balik rumah takut tidak?' Dia cakap 'Saya takut, Ma'. Sayang memang sayang tapi untuk melalui putaran ini terus menerus, tiada akhirnya. Saya harus fikirkan tentang masa hadapan anak-anak saya."
Kesabaran Cik Trisha sampai ke tahapnya apabila diherdik suaminya di tempat awam dan beliau nekad mendapatkan bantuan pada 2018.
Hasil bantuan pegawai sosial, beliau dirujukkan ke rumah perlindungan Casa Raudha.
Ia telah membantu lebih 1,600 individu sepertinya sejak 2008.
Selain tempat tinggal dan keperluan asas, Cik Trisha dan anak-anaknya menerima bantuan dari segi kaunseling serta peluang meningkatkan kemahiran.
Pengarah Eksekutif Casa Raudha Zaharah Ariff berkata: "Kita akan menghantar mereka untuk kursus yang boleh membantu mereka. Jadi bila mereka datang bukan hanya setakat untuk hentikan penderaan tetapi mereka juga mengenal pasti diri mereka dengan lebih mendalam lagi.
"Sekiranya masih ada mangsa sama ada wanita ataupun lelaki yang masih menghadapi penderaan dan takut atau malu untuk meminta bantuan, jangan rasa takut, jangan rasa malu kerana ini kehidupan anda."
Menurut laporan Trend Keganasan Rumah Tangga oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), jumlah kes baharu penderaan pasangan meningkat 23 peratus dalam tempoh dua tahun kepada 2,008 kes tahun lalu.
Laporan itu juga menggariskan peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak.
Dalam tempoh yang sama, jumlah kes penderaan kanak-kanak naik sekitar 17%.
Trend serupa juga dilihat dalam kalangan penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM).
Tahun demi tahun, semakin ramai mangsa penderaan dirujukkan ke rumah kebajikan itu.
Mereka berusia antara 8 hingga 19 tahun.
Buat masa ini, terdapat seramai 44 kanak-kanak dan belia yang tinggal di RKM.
Penolong Ketua Pemulihan, Rumah Kebajikan Muhammadiyah Siti Aishah Samsudin berkata: "Hampir 99 peratus ialah mangsa penderaan.Apabila mereka melalui kehidupan yang agak mencabar, sukar bagi mereka untuk berkongsi apa yang mereka rasakan atau alami melalui pertuturan. Perkara pertama dan utama yang kami titik beratkan adalah pengawalan emosi dan menstabilkan kembali emosi anak tersebut. "
Untuk itu, RKM melakarkan beberapa program pemulihan termasuk terapi bermain, tanaman, seni lukisan dan muzik bersesuaian dengan usia serta minat anak-anak.
Selain itu, RKM juga cuba mengasah kebolehan para penghuninya untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.
"Bila anak-anak ini melalui penderaan emosi, mereka selalu merasakan mereka tidak ada keyakinan diri. Setiap hari Jumaat, mereka berlatih gamelan. Kemudian baru mereka tahu 'Oh sebenarnya saya berbakat dalam seni'. Mereka boleh bermain muzik dan ini boleh mengembalikan balik keyakinan mereka.
Dalam usaha untuk memperbaiki hubungan anak-anak dengan ibu bapa mereka, RKM juga mengadakan sesi-sesi kaunseling atau program-program keibubapaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.