Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bantuan diperlukan bagi pekerja & penganggur

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak bantuan diperlukan bagi pekerja & penganggur

Para pekerja di Raffles Place di pusat bandar Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) mencadangkan lebih banyak sokongan kepada para pekerja dari mereka yang bekerja sendiri, pekerja muda hingga golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) juga.

Mereka memberitahu Parlimen pada Khamis (23 Feb), kumpulan-kumpulan tersebut akan memerlukan lebih banyak bantuan dalam meningkatkan kemahiran serta perubahan kerjaya di tengah-tengah gangguan teknologi.

Para pekerja platform seperti penghantar makanan dan pemandu kereta sewa privet,  bergantung kepada rakan-rakan platform untuk mendapatkan gaji.

Lantaran itu, mereka adalah golongan penerima harga.

Salah satu saranan yang dikemukakan adalah untuk memberikan mereka elaun latihan untuk meningkatkan kemahiran.

AP dari Parti Pekerja (WP) Jamus Lim pula sekali lagi menekankan kedudukan parti itu untuk menyediakan insurans pengangguran.

Mula disarankan pada 2020, Encik Lim berkata sebahagiannya akan disumbangkan oleh para majikan.

Para AP lain pula berpendapat bantuan kewangan jangka pendek juga ditimbangkan untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan. 

Ia diharap dapat memberi mereka ruang untuk meningkatkan kemahiran dan mencari kerja baru sambil terus menyokong keperluan asas keluarga buat sementara waktu.

Para pelajar dan pekerja muda juga mendapat tumpuan dengan para AP menarik perhatian, kemungkinan golongan belia tidak dapat meraih peluang dalam industri cerah akibat kemahiran yang tidak sepadan.

AP GRC Tampines Desmond Choo berharap pemerintah boleh menimbangkan tawaran subsidi warga muda Singapura dan pinjaman bagi membiayai kos pengajian diploma kedua dan ijazah.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan