Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bantuan dihulurkan kepada keluarga bergaji rendah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Oct 2023 07:19PM Dikemas Kini : 27 Oct 2023 09:21PM
SINGAPURA: Bagi membantu golongan memerlukan, pendekatan yang kini diambil Singapura beralih daripada menghulurkan bantuan sosial kepada memperkasa golongan tersebut.

Di bawah satu skim baharu ComLink Plus, lebih banyak sokongan akan diberi kepada golongan bergaji rendah supaya mereka bukan sahaja dapat mencapai sasaran yang ditetapkan, malah terus kekal maju.

Satu program yang membantu sekitar 14,000 keluarga bergaji rendah yang menetap di flat sewa akan diperluas untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin pelbagai lagi rumit.

Skim baharu ComLink Plus bukan setakat menghulurkan bantuan, tetapi juga memperkasa keluarga-keluarga yang giat aktif memperbaiki kehidupan mereka.

Misalnya, dengan menyediakan insentif menerusi bantuan kewangan yang meningkat.

"Kita perlu mengiktiraf dan menokok usaha keluarga itu sendiri, dalam memperkasa diri mereka dan berusaha mencapai matlamat mereka,' kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli.

"Terdapat sekurang-kurangnya tiga matlamat mudah. Pertama, memiliki rumah sendiri. Kedua, pekerjaan yang stabil, dan ketiga, memastikan anak-anak mereka meraih hasil terbaik daripada sistem pendidikan kita yang unggul," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan