Skip to main content

Singapura

Lebih banyak bantuan dalam talian, inisiatif masyarakat diusahakan bagi tangani masalah kesihatan mental

Lebih banyak bantuan dalam talian dan inisiatif masyarakat diusahakan untuk menangani masalah kesihatan mental yang meningkat sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dikuatkuasakan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Oct 2020 07:36PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 11:51PM

SINGAPURA: Lebih banyak bantuan dalam talian dan inisiatif masyarakat diusahakan untuk menangani masalah kesihatan mental yang meningkat sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 dikuatkuasakan di Singapura.

Usaha-usaha sebegini sekali gus membantu untuk melunturkan stigma masyarakat terhadap penyakit mental.

Calm Collective dan KampungKakis adalah antara inisiatif akar umbi yang ditubuhkan semasa penguatkuasaan tempoh tersebut.

Calm Collective juga mengadakan perbincangan dalam talian bagi golongan milenial yang kesihatan mental mereka turut terjejas oleh pandemik ini.

KampungKakis pula membantu warga emas mengatasi masalah kesunyian yang juga boleh menjejas kesihatan mental mereka.

Pengasas Bersama, Clam Collective, Cik Sabrina Ooi mengulas mengenai para profesional yang terlibat dalam isu-isu mental.

"Kita dapatkan para profesional yang terlibat dalam isu-isu mental. Dan kita juga dapatkan personaliti seperti Benjamin Kheng, Narelle dan Aimee Cheng-Bradshaw. Mereka berkongsi pengalaman dan cerita tentang isu-isu mental.

"Kita juga mendapatkan orang biasa untuk berkongsi cerita mereka. Jadi penonton kami boleh merasakan ia adalah sesuatu yang mereka boleh kaitkan dengan diri mereka," menurut Cik Sabrina.

Sumber : BERITA Mediacorp/MY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita