Lebih banyak bantuan akan dihulurkan untuk bantu kedai kejiranan rancakkan perniagaan
Perniagaan di estet kejiranan akan mendapat bantuan untuk menyegarkan muka kedai dan menganjurkan acara untuk merancakkan lagi kawasan kejiranan, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Ini termasuk menganjurkan pesta, bengkel atau pemasangan seni.
Ia bertujuan untuk menjadikan kedai-kedai kejiranan lebih menarik kepada pelanggan.
Geran sehingga S$200,000 boleh diberikan bagi kegiatan-kegiatan lebih besar.
Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata, "Mereka boleh menjalankan kegiatan-kegiatan kecil dan mudah di bawah pilihan standard yang disarankan atau meneroka penganjuran acara skala besar yang dibentuk khas."
"Kegiatan-kegiatan yang kecil dan mudah akan mendapat sokongan geran bagi kos layak S$3,000 bagi setiap permohonan, sementara acara skala lebih besar yang dibentuk khas akan mendapat geran sokongan bagi kos layak sehingga S$200,000 bagi setiap permohonan," tambah beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.