Lebih 99% pelajar madrasah lulus PSLE
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 99.1 peratus murid madrasah yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini berjaya layak melangkah ke peringkat sekolah menengah.
Daripada kohort seramai 338 pelajar dari empat madrasah, 335 murid lulus.
Ini lebih tinggi berbanding kadar kelulusan pelajar sekolah rendah aliran utama iaitu 98.4%.

Empat madrasah yang menawarkan pendidikan peringkat sekolah rendah ialah Madrasah Irsyad, Madrasah Alsagoff, Madrasah Al-Maarif dan Madrasah Wak Tanjong.
Dengan keputusan yang diraih tahun ini, kesemua empat madrasah tersebut dapat terus mengambil murid darjah satu bagi kohort seterusnya.
Ini juga bermakna kesemua empat madrasah itu berjaya melepasi tanda aras PSLE yang ditetapkan MOE sepanjang 10 tahun yang lalu.
Demikian diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan media pada Rabu (22 Nov).
MUIS menambah secara keseluruhannya sejak lima tahun lalu peratusan pelajar yang layak ke sekolah menengah menyaksikan trend yang stabil pada 99.1 peratus.
Mengulas keputusan PSLE pelajar madrasah itu, Ketua Eksekutif MUIS Kadir Maideen berkata, "Madrasah memainkan peranan penting dalam membangunkan cendekiawan agama, pemimpin dan pendidik untuk masyarakat kami dengan sistem dua kurikulum. Mereka juga memelihara warisan Islam kita dan warisan menyampaikan ilmu, tradisi dan nilai moral.
"Madrasah dapat mencapai sasaran ini melalui usaha-usaha dari bawah yang disumbang guru-guru, sukarelawan serta sumbangan umat masyarakat Muslim kita," tambahnya.

INISIATIF MUIS UNTUK BANTU MADRASAH SEPENUH MASA
MUIS juga sudah melakarkan beberapa inisiatif untuk menyokong madrasah-madrasah sepenuh masa di sini.
Antaranya ialah projek Pusat Kecemerlangan dan Kolaborasi (COEC) yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sektor madrasah sepenuh masa di Singapura.
Setakat ini, lima buah madrasah di Singapura terlibat dalam COEC dalam berbilang subjek.
Bagi mempertingkatkan mutu pembelajaran, para asatizah tanpa kelayakan profesional juga diwajibkan untuk mendapatkan Diploma Pakar dalam Pengajaran dan Pembelajaran daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE).
Dalam program ini, ia akan melengkapkan para asatizah dengan kemahiran dan ilmu pedagogi terkini serta memastikan mereka terus mahir dalam landskap pendidikan yang pesat berkembang.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.