Lebih 970,000 unit produk kesihatan haram dirampas pada 2024; sebahagian besarnya ubat batuk kodein
Anggaran Waktu Membaca:
Produk-produk haram yang diuji HSA. (Gambar: HSA)
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan menurunkan 7,351 produk yang dijual menerusi platform e-dagang dan media sosial di Singapura pada 2024.
Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan usaha pemantauan online, yang bertujuan untuk mengekang penjualan dan pembekalan produk kesihatan haram, menurut kenyataan HSA pada Isnin (3 Feb).
Ubat batuk kodein (codeine) merupakan sebahagian besar daripada produk-produk yang dirampas dengan jumlah sebanyak 54 peratus, diikuti oleh ubat rangsangan seksual pada 19 peratus, sedatif pada 18 peratus, dan perubatan preskripsi lain pada 9 peratus.
Pada Mei 2024, HSA dan Pasukan Polis Singapura (SPF) menjalankan operasi terhadap pembekal dan pembuat ubat batuk haram di sebuah unit kondominium di Geylang.
Ubat batuk itu dibuat di dalam keadaan yang tidak bersih di beberapa bahagian di dalam unit itu, termasuk tandas dan singki dapur.
Sekitar 165 liter ubat batuk dan lebih 57,000 unit peralatan perubatan bernilai sekitar S$130,000 turut dirampas.
SENARAI PRODUK DITURUNKAN DI PLATFORM MEDIA SOSIAL DAN E-DAGANG
Lebih 7,300 produk kesihatan haram yang disenaraikan di platform media sosial dan e-dagang turut diturunkan dalam usaha bersama antara HSA dengan pentadbir laman berkenaan.
Jumlah ini termasuk 37 peratus produk untuk mencantikkan kulit dan rambut, 24 peratus kanta lekap dan 7 peratus lagi rawatan untuk keadaan kronik seperti kolesterol tinggi, hipertensi, alahan, dan melegakan kesakitan.
Produk-produk itu sebahagian besarnya disenaraikan di Shopee (52 peratus) dan Lazada (36 peratus).
Produk lain yang terjejas dikesan di Carousell (4 peratus) dan Qoo10 (4 peratus).
HSA akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang menjual atau membekalkan produk kesihatan haram.
Penjual dan pembekal yang menjual produk sedemikian boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun dan/atau didenda sehingga $100,000.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.