Skip to main content

Singapura

Lebih 950,000 isi rumah SG akan dapat rebat U-Save, S&CC pada Julai di tengah kenaikan harga gas, elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 950,000 isi rumah SG akan dapat rebat U-Save, S&CC pada Julai di tengah kenaikan harga gas, elektrik

(Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)

Diterbitkan : 28 Jun 2024 02:59PM
SINGAPURA: Lebih 950,000 isi rumah warga Singapura di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)akan menerima rebat U-Save dan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada Julai, di tengah-tengah kenaikan harga gas dan elektrik.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 28 Jun berkata, rebat itu adalah pengagihan suku tahunan kedua bagi tahun kewangan 2024, dan merupakan sebahagian daripada skim Baucar GST (GSTV) tetap dan Pakej Jaminan, yang menerima rangsangan S$1.9 bilion dalam Belanjawan 2024.

MOF menambah bahawa rebat itu membantu warga Singapura berpendapatan rendah dan sederhana menampung perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Dalam pusingan kali ini, mereka yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik akan menerima sejumlah S$285 dalam rebat U-save, dengan jumlah yang dikeluarkan berkurangan bergantung pada saiz flat HDB seseorang.

Mereka yang tinggal di flat tiga bilik akan menerima S$255 manakala penduduk di flat empat bilik akan dapat S$$255. Isi rumah flat lima bilik akan mendapat S$195.

Mereka yang tinggal di flat eksekutif atau berbilang generasi akan menerima paling sedikit - S$165.

Rebat itu akan membantu mengimbangi kenaikan harga gas dan elektrik dari Julai hingga September.

Perubahan harga itu diumumkan pada 28 Jun, masing-masing oleh City Energy - pengeluar dan peruncit gas paip serta pengendali grid SP Group
 

Tarif elektrik akan naik sebanyak 0.3 peratus berbanding suku sebelumnya, bermakna tarif 29.88 sen setiap kilowatt-jam untuk isi rumah sebelum GST, meningkat daripada 29.79 sen sekarang ini.

Dengan tarif baharu itu, purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan meningkat sebanyak 35 sen sebelum GST, daripada S$118.03 kepada S$118.38.

A

Tarif gas,pula meningkat sebanyak 0.03 sen setiap kWj, dengan isi rumah membayar 23.42 sen setiap kWj sebelum GST, berbanding 23.12 sen sebelumnya.

Dengan mengambil kira GST, tarif yang disemak semula itu berjumlah 25.53 sen.

Bagi rebat S&CC, mereka yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik akan menerima rebat sebulan, manakala setiap isi rumah lain akan mendapat rebat selama setengah bulan.

A


Isi rumah yang layak tidak perlu ambil sebarang tindakan untuk menuntut rebat itu, kata MOF, dengan rebat U-Save dikreditkan terus ke dalam akaun utiliti isi rumah dengan SP Services.

Rebat S&CC pula akan dikreditkan terus oleh majlis bandaran.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita