Lebih 950,000 isi rumah SG akan dapat rebat U-Save, S&CC pada Jan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 950,000 isi rumah rakyat Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mendapat rebat bulan depan untuk mengurangkan perbelanjaan berkaitan bil api air dan penyenggaraan kawasan perumahan.
Rebat U-Save dan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan pemerintah yang dipertingkatkan dan skim Baucar GST kekal untuk membantu penduduk menangani kos sara hidup yang lebih tinggi.
Isi rumah yang layak akan menerima rebat U-Save bernilai sehingga S$190 bergantung kepada jenis flat HDB mereka, pada Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa (30 Dis).
Isi rumah juga akan menerima rebat S&CC sehingga setengah bulan, bergantung kepada jenis flat HDB mereka.
Isi rumah yang layak tidak perlu mengambil sebarang tindakan untuk menerima rebat.
Rebat U-Save akan disalurkan terus ke dalam akaun bil apir air mereka dengan SP Services, manakala rebat S&CC akan dimasukkan ke dalam akaun S&CC mereka dengan majlis bandaran masing-masing.
Ini merupakan agihan rebat suku tahunan terakhir untuk U-Save dan S&CC bagi Tahun Kewangan 2025.
Secara keseluruhannya, isi rumah yang layak akan menerima rebat U-Save sehingga S$760 dan rebat S&CC sehingga 3.5 bulan dalam Tahun Kewangan 2025.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.