Lebih 950,000 isi rumah rakyat SG bakal terima rebat U-Save, S&CC pada Julai
Anggaran Waktu Membaca:
Flat HDB Singapura. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Lebih 950,000 isi rumah rakyat Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat pada Julai bagi mengurangkan kos bagi bil api air dan caj penyenggaraan di kawasan perumahan mereka.
Rebat untuk U-Save dan Caj Perkhidmatan & Penyenggaraan (S&CC) ini adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan yang dipertingkatkan oleh pemerintah serta skim tetap Baucar GST, yang bertujuan membantu penduduk menangani kos sara hidup yang meningkat.
Rebat itu akan membantu mengurangkan perbelanjaan api air dan S&CC untuk isi rumah HDB berpendapatan rendah hingga sederhana, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media pada Isnin (30 Jun).
Ini merupakan pembayaran suku kedua bagi tahun kewangan 2025, dengan dua lagi pembayaran akan dibuat pada bulan Oktober dan Januari tahun hadapan.
Pada bulan Julai ini, isi rumah yang layak akan menerima sehingga S$190 dalam bentuk rebat U-Save, bergantung kepada jenis flat HDB mereka.
Secara keseluruhan, isi rumah HDB yang layak akan menerima sehingga S$760 dalam bentuk rebat U-Save bagi tahun kewangan 2025.
Selain itu, pada bulan Julai, isi rumah yang layak juga akan menerima sehingga satu bulan rebat S&CC, juga bergantung kepada jenis flat HDB masing-masing.
Secara keseluruhan, isi rumah yang layak akan menerima sehingga tiga setengah bulan rebat S&CC dalam tahun kewangan 2025.
Pengumuman MOF itu dibuat menyusuli pengumuman berasingan bahawa kadar tarif elektrik dan gas untuk isi rumah akan diturunkan bagi tempoh Julai hingga September.
Bagi menerima rebat U-Save dan S&CC ini, isi rumah yang layak tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Rebat U-Save akan dimasukkan terus ke dalam akaun api air mereka dengan SP Services, manakala rebat S&CC akan dikreditkan terus ke dalam akaun S&CC mereka di majlis bandaran masing-masing.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.