Lebih 9,200 pod vape ditemui dalam kontena kargo; lelaki warga SG 25 tahun diberkas
Anggaran Waktu Membaca:
Pod vape yang dijumpai dalam kontena kargo. (Gambar: ICA)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang disyaki menyeludup lebih 9,200 pod vape dalam sebuah kontena kargo sudah diberkas, menurut pihak berkuasa pada Selasa (30 Sep).
Pod-pod vape itu ditemui di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang pada 17 September, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan media bersama.
Para pegawai ICA menemui pod-pod vape itu disembunyikan dalam sebuah kontena kargo yang diarah menjalani pemeriksaan yang lebih ketat. Konsainan itu diisytiharkan sebagai "power bank".
Kes itu dirujuk kepada HSA untuk siasatan lanjut.
Keesokan harinya, operasi bersama oleh HSA dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) mengenal pasti identiti lelaki warga Singapura berusia 25 tahun yang terlibat dengan konsainan tersebut.
Dia kemudian diberkas kerana disyaki terlibat mengimport pod-pod vape itu, menurut pihak berkuasa.
Selain daripada percubaan menyeludup pod vape ke Singapura yang berjaya dipatahkan, lelaki itu juga didapati memiliki lagi 85 vape dan komponen-komponen berkaitan.
Nilai pasaran gelap bagi barangan yang dirampas dianggarkan melebihi S$51,000, menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa siasatan akan diteruskan.

Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan), ia adalah satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual vape dan komponennya.
Sesiapa yang didapati bersalah berdepan denda sehingga S$10,000, hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, mereka berdepan denda sehingga S$20,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya.
Di bawah rangka kerja penguatkuasaan yang dipertingkat yang berkuat kuasa pada 1 September, sesiapa sahaja yang didapati memiliki, menggunakan, atau membeli vape kini berdepan hukuman yang lebih berat.
Pesalah berulang juga akan diwajibkan menjalani program pemulihan dan mereka yang tidak menyelesaikan program tersebut akan didakwa, menurut pihak berkuasa.
Mereka yang ditangkap menggunakan vape buat kali ketiga dan seterusnya akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda sehingga S$2,000.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.