Lebih 92% kemalangan tangga bergerak akibat tabiat tidak selamat
Lebih 92 peratus kemalangan tangga bergerak berlaku kerana para pengguna tidak mengamalkan tabiat yang selamat.
Gambar fail tangga bergerak.
SINGAPURA: Lebih 92 peratus kemalangan tangga bergerak berlaku kerana para pengguna tidak mengamalkan tabiat yang selamat. Demikian menurut data Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).
Antara amalan tidak selamat yang biasanya dilakukan oleh para pengguna adalah tidak memegang susur tangan tangga bergerak, berlari di tangga bergerak dan menggunakan kereta sorong bayi di tangga bergerak. Demikian menurut BCA kepada para wartawan pada Khamis (20 Dis).
Tabiat tidak selamat yang lain termasuk menggunakan peranti bijak, dan tidak berdiri dalam petak kuning di tangga bergerak.
Secara purata, sebanyak 29 insiden sudah dilaporkan kepada BCA setiap bulan dari Januari hingga November tahun ini. Perangkaan itu rendah sedikit berbanding jumlah kemalangan secara purata, sebanyak 34 bagi sepanjang tahun lalu.
Pada 2016, purata bulanan insiden yang dilaporkan adalah 31 bagi bulan November dan Disember. BCA hanya mula memantau insiden sedemikian pada lewat 2016.
Mengikut peraturan BCA, para pengendali tangga bergerak mesti melaporkan setiap insiden yang menyebabkan kecederaan atau kegagalan pada aspek keselamatan perkakas penting bagi tangga bergerak.
Sementara itu, dalam masa dua tahun lalu, sebanyak empat kemalangan berlaku yang melibatkan kereta sorong bayi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.