Skip to main content

Singapura

Lebih 90,000 relawan menyingsing lengan bantu Cabaran Presiden sejak 2012

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 90,000 relawan menyingsing lengan bantu Cabaran Presiden sejak 2012

(Gambar: halimahyacob/Instagram)

SINGAPURA: Lebih 90,000 sukarelawan digembleng menerusi Program Sukarelawan Cabaran Presiden sejak usaha itu dimulakan lebih sedekad lalu.

Presiden Halimah Yacob mengatakan beliau sangat terharu melihat lebih ramai orang merangkul semangat sukarela dalam kehidupan seharian mereka.

Ini kerana amalan itu mempamerkan kekukuhan kompak sosial di Singapura.

Puan Halimah melawat sebuah karnival yang dianjurkan oleh sekitar 1,500 sukarelawan bagi para penduduk bergaji rendah di Bishan-Toa Payoh serta lebih 600 penerima bantuan badan-badan amal Cabaran Presiden.

Hingga Ogos ini sahaja, seramai 3,500 sukarelawan menyingsing lengan untuk membantu lebih 40 kegiatan amal.

Dengan banyak lagi kegiatan akhir tahun sedang diatur, gerakan itu yakin ia dapat memenuhi sasaran menarik penyertaan 10,000 sukarelawan untuk tahun ini.
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita