Lebih 90% tiket peringkat akhir Mega Perdana 2025 habis terjual
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 1,200 tiket peringkat akhir pertandingan dikir barat Mega Perdana 2025 habis terjual dalam masa hanya lima jam penjualan tiket dibuka di laman SISTIC.
Atas permintaan tinggi, pihak penganjur iaitu Persekutuan Dikir Barat Singapura (SDBF) telah menambah lagi 280 tiket dalam 'tier' yang baru dibuka.
"Dengan kehadiran hampir 1,500 penonton, penglibatan 264 aktivis pendikir daripada 12 kumpulan serta sokongan 80 tenaga sukarelawan, acara ini dijangka berlangsung dengan penuh meriah dan berimpak besar," kongsi Pengerusi Mega Perdana 2025, Mohamed Nazri.
Menurut tinjauan BERITA Mediacorp di laman SISTIC sehingga artikel ini diterbitkan, hanya tinggal 28 tiket sahaja untuk ruang yang baru dibuka itu.
"Edisi kali ini amat istimewa kerana ia merupakan penganjuran pertama selepas enam tahun tertangguh akibat sekatan COVID-19. Acara ini bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan Dikir Barat terbaik tanah air dalam satu perayaan besar seni, budaya dan semangat kemasyarakatan," kata Encik Nazri.
Daripada 21 pasukan yang bertanding, hanya 12 yang mara ke peringkat akhir selepas melalui tiga peringkat saringan.
Peringkat akhir pertandingan tersebut akan berlangsung pada Ahad, 30 November 2025 di Pusat Budaya Universiti (UCC) Universiti Nasional Singapura (NUS).
Tiket boleh dibeli melalui laman SISTIC.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.