Lebih 880 pelajar diiktiraf dalam Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri ke-20
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mendaki)
SINGAPURA: 883 pelajar cemerlang diiktiraf dalam majlis penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri ke-20 yang diadakan Auditorium Politeknik Nanyang pada Sabtu (26 Ogos).
Tahun ini, 232 pelajar daripada Skim Tuisyen MENDAKI (MTS) telah dianugerahkan Anugerah Tuisyen Bersama (JTA)
Para pelajar cemerlang menerima anugerah masing-masing daripada tetamu terhormat iaitu Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Eric Chua,

Salah seorang penerima kategori Peperiksaan GCE 'O' ialah Mohamed Ilhan Mohamed Haniff, 17 tahun.
"Guru-guru mata pelajaran saya sentiasa bersedia untuk berunding untuk membantu saya. Rakan-rakan rapat saya akan mengatur sesi belajar dan kami secara kolektif saling memberi motivasi antara satu sama lain untuk menyiapkan kerja sekolah kami dan kekal fokus pada tugasan yang ada.Tutor di MTS baik hati dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya," kata penuntut Politeknik Temasek itu.

Penerima kategori Peperiksaan GCE 'N' adalah Ameenuddin Abdul Samad.
"MTS membenarkan saya menyegarkan ingatan saya pada mata pelajaran yang memerlukan banyak hafalan seperti Matematik," kata Ameenuddin yang kini menuntut di Politeknik Ngee Ann.
Bersama badan-badan bantu diri lain, MENDAKI akan terus tawarkan kelas tuisyen yang bermutu kata Penolong Pengarah Pendidikan Yayasan MENDAKI, Cik Sabrena Abdullah
" Kami juga akan terus berganding bahu dengan badan-badan bantu diri lain untuk tingkatkan daya tahan belia kita. Bersama, kami telah menganjur kem bola sepak bagi pelajar sekolah rendah daripada berbilang bangsa untuk bergaul dan kekal aktif serta Program Pengayaan Numerasi untuk tingkatkan keyakinan pelajar Darjah 1 dan 2 untuk pelajari Matematik menerusi permainan dan aktiviti menarik. Selain itu, kami juga telah beri peluang kepada sukarelawan untuk berkhidmat dengan badan-badan bantu diri lain," kata beliau.
Anugerah diberikan di bawah Program Tuisyen Bersama (CTP) yang dimulakan pada 2002 dengan kerjasama empat bdan bantu diri terdiri daripada Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani (EA).
Tujuannya untuk menyediakan tuisyen yang boleh dimampui kepada pelajar daripada masyarakat-masyarakat tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.