Lebih 86,000 peserta raih manfaat daripada program sokongan MENDAKI tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 86,000 peserta meraih manfaat daripada program-program dan khidmat sokongan MENDAKI yang dipertingkatkan tahun lalu bagi membantu masyarakat Melayu/Islam mengharungi pandemik COVID-19.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding sekitar 73,000 peserta dalam tahun 2021.
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli memberikan perkembangan itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan MENDAKI hari ini (17 Jun).
Encik Masagos menarik perhatian kepada pelbagai usaha MENDAKI dalam mendampingi para ibu bapa dan kanak-kanak pada peringkat awal.
Langkah-langkah 'upstream' itu katanya amat penting bagi membangunkan kemahiran kanak-kanak di peringkat awal.
Ia memperkasa dan mendorong para ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak mereka
LEBIH 4,000 KANAK-KANAK SUDAH SERTAI KMM
Setakat ini, lebih 4,000 kanak-kanak sudah sertai program KelasMatematika (KMM) sejak ia dilancarkan pada 2018.
"Kita melihat bahawa 8 daripada 10 anak-anak sekolah, prasekolah yang menjalani KMM bersama ibu bapa mereka tidak perlu menjalani kelas pemulihan Matematika di sekolah darjah rendah. Perlu untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan yang kami akan latih supaya memberikan layanan yang berkualiti, mendatangkan impak yang kita harapkan. Dalam kajian, telah membuktikan bahawa apa yang kita memberikan tumpuan pada waktu kanak-kanak di prasekolah akan mendatangkan kesan yang lebih baik daripada kita memperbaikinya apabila mereka di sekolah, melalui tuisyen dan sebagainya," kata Encik Masagos, yang juga pengerusi MENDAKI.

Encik Masagos turut mendedahkan kedudukan kewangan MENDAKI bagi tahun lalu.
MENDAKI meraih pendapatan sekitar S$61 juta dalam tahun kewangan 2022, lebih separuh daripadanya adalah pendanaan dan geran-geran pemerintah.
Bakinya hasil sumbangan derma, hasil pelaburan serta yuran dan pendapatan lain.
Dalam pada itu, S$36 juta dibelanjakan bagi menyokong menyokong pelbagai program pembangunan masyarakat di bawah tiga tunggak iaitu Siap Sedia ke Sekolah, Meningkat Prestasi di Sekolah dan Siap Sedia Untuk Masa Depan.
Selain itu, pinjaman pengajian berjumlah S$2.2 juta dimanfaatkan lebih 450 penerima tahun lalu.
Timbalan Pengerusi MENDAKI Encik Zaqy Mohamad berkata MENDAKI akan terus menyokong pembangunan golongan pelajar sehingga mereka memasuki alam pekerjaan.
"Di sini kita mempunyai program-program seperti mentoring dan sebagainya di mana kita memberi galakkan kepada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan sebagainya melalui 'network professional' kita di mana, mereka yang lebih berjaya dalam masyarakat mereka datang kembali untuk menyokong anak-anak kita. Supaya mereka diberi galakkan dan inspirasi supaya mereka dapat berjaya," menurut Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan, Zaqy Mohamad.
MENDAKI tambahnya akan terus menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pekerja.
Dalam pada itu, MENDAKI melantik empat anggota baru ke dalam lembaga pengarahnya:
1. Ahmed Meeran Mohamed Bilal (FIM, Federation of Indian Muslims)
2. Muhammad Hairudin Abdul Hamid (PERDAUS)
3. Nur Khadijah Ramli (PERGAS)
4. Rohan Nizam Basheer (Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura)
Manakala, empat anggota lain bersara.
Bersara:
1. Norazlan Ibrahim (KGMS)
2. Nurul 'Izzah Khamsani (PERGAS)
3. Sultan Mohamed Ghouse (FIM)
4. Zarina Begam Abdul Razak

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.