Lebih 8,500 flat BTO bakal dilancarkan pada Oktober, kira-kira separuh mungkin unit Plus: Penganalisis

(Gambar: HDB)
SINGAPURA: Lebih daripada 8,500 flat bakal dilancarkan dalam penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Oktober, dengan penganalisis hartanah menjangkakan hampir setengah daripadanya di bawah kategori Plus baharu.
Penganalisis memberitahu Mediacorp pada Jumaat (21 Jun) bahawa permintaan bagi flat Plus baharu itu, yang berada di "lokasi pilihan ramai" di kawasan kejiranan, dijangkakan tinggi.
Ia adalah penjualan BTO pertama di mana kategori Prime, Plus dan Standard digunakan, dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tidak lagi menggunakan label estet matang dan bukan matang.
PROJEK PLUS
Kesemua penganalisis hartanah yang bercakap dengan Mediacorp berkata kemungkinan projek Bayshore berada di bawah kategori Plus.
Cik Christine Sun, ketua penyelidik di OrangeTee Group, berkata projek di sebelah stesen MRT Kembangan mungkin termasuk di bawah model Plus, bersama flat di Jurong West, Pasir Ris dan Woodlands.
Pengarah kanan analisis data Huttons, Lee Sze Teck, serta ketua penyelidikan Realtors Singapura Mohan Sandrasegeran dan pegawai eksekutif utama ERA Eugene Lim juga bersetuju bahawa Pasir Ris kemungkinan besar akan menjadi projek Plus.
Flat Pasir Ris baharu terletak bersebelahan dengan pusat bandar itu dan stesen MRT.
PERMINTAAN DIJANGKA TINGGI
Disebabkan pemandangan laut dan jarak yang dekat kepada kemudahan yang bakal dibina, keempat-empat penganalisis bersetuju bahawa permintaan bagi kedua-dua projek Bayshore dijangka tinggi.
Pelancaran BTO terdekat adalah Bedok South Blossoms pada Mei 2023, yang menarik tiga pemohon kali pertama bagi setiap flat empat bilik.
Encik Lee berkata kadar permohonan bagi projek Bayshore mungkin serupa.
Projek di Bedok bersebelahan Kembangan stesen MRT juga mungkin popular di kalangan pembeli, kata Cik Sun.
Satu lagi projek yang mungkin digemari pembeli adalah projek Pasir Ris, yang dijangka berada di bawah model Plus baharu.
Encik Sandrasegeran menarik perhatian bahawa flat baharu itu terletak berhampiran dengan banyak sekolah, termasuk Sekolah Rendah Elias Park, Casuarina dan Pasir Ris, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak bersekolah.
Satu-satunya pelancaran di utara Singapura adalah di Woodlands, dengan kira-kira 290 unit akan ditawarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.