Lebih 8,300kg bahan berjaya dikitar semula menerusi inisiatif tong bijak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 8,300 kilogram bahan-bahan seperti logam, plastik dan kertas berjaya dikumpulkan serta dikitar semula menerusi tong-tong kitar semula bijak di merata Singapura.
Tong-tong yang pertama kali diuji di daerah Bishan East-Sin Ming pada 2022, kini diletakkan pula di Ang Mo Kio.
Menurut jangkaan, 93 tong kitar semula sedemikian bakal tersedia menjelang hujung tahun ini, dalam usaha negara untuk mencapai matlamat sifar sisa.
Para penduduk Ang Mo Kio kini boleh mengitar semula barang-barang seperti botol kaca, tin aluminium dan plastik ke dalam tong-tong itu.
Mereka kemudian dapat mengumpul mata yang boleh ditukar dengan baucar pasar raya NTUC FairPrice menerusi sebuah aplikasi.
Semua tong itu disediakan dan diuruskan oleh syarikat pengurusan sisa setempat, 800 Super.
Firma itu sudah menambah baik tong-tong tersebut, seperti meningkatkan kapasitinya serta memasang kamera CCTV, selepas mengambil kira maklum balas penduduk.
Selain lebih banyak wadah untuk kitar semula, para penduduk di Teck Ghee pada Ahad (20 Jul) turut meraikan tamatnya Program Pembaharuan Kejiranan di estet mereka.
Inisiatif yang dibiayai pemerintah itu bertujuan menyegarkan semula estet-estet lama.
Penduduk Teck Ghee kini mempunyai hampir 30 kemudahan baharu atau yang ditingkatkan seperti penghubung laluan pejalan kaki berbumbung dan juga tempat menurunkan penumpang.
Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata: "Kami berharap ia akan menyuntik sedikit keceriaan dan memberikan anda lebih banyak peluang untuk menjalani kehidupan yang bermakna, sihat, memandang ke hadapan dan baik."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.