Lebih 83,000 orang manfaat bantuan ComCare tahun lalu; penerima warga senja meningkat
Jumlah warga senja yang menerima bantuan ComCare meningkat dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya golongan yang menerima bantuan tersebut bagi jangka panjang.
SINGAPURA: Jumlah warga senja yang menerima bantuan ComCare meningkat dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya golongan yang menerima bantuan tersebut bagi jangka panjang.
ComCare menyediakan bantuan sosial kepada rakyat tempatan berpendapatan rendah.
Antara yang dibantu adalah mantan pekerja sambilan yang berusia 63 tahun iaitu Encik Miswadi, yang tidak berupaya bekerja selepas diserang angin ahmar awal tahun ini.
Beliau yang tinggal di rumah sewa satu bilik, menerima $350 sebulan untuk tempoh enam bulan di bawah skim bantuan tempoh pendek sehingga pertengahan Comcare.
Tahun lalu, pemerintah mengagihkan $130 juta kepada rakyat berpendapatan rendah.
Jumlah tersebut sudahpun membantu lebih 83,000 penerima, kebanyakan daripadanya menerima bantuan tempoh pendek sehingga pertengahan.
Berbanding tahun 2015, jumlah penerima merosot hampir 4% kepada sekitar 28,400.
Namun jumlah keluarga yang mendapat bantuan jangka panjang naik sekitar 3% kepada lebih kurang 4,400.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan syarat kelayakan yang diluaskan.
Pada 2014, bantuan Comcare diluaskan kepada keluarga dengan pendapatan kasar maksimum $1,900 iaitu dinaikkan daripada $1,700 sebelum itu.
Had pendapatan anggota keluarga juga dinaikkan daripada $550 kepada $650.
Secara umumnya, golongan yang mendapat pertolongan jangka panjang pula adalah warga senja berusia 65 tahun dan ke atas.
Sejak 2015, Singapura mempunyai 24 Pejabat Khidmat Sosial yang menyediakan bantuan lebih terjangkau dan lebih selaras.
Keluarga yang menerima bantuan jangka pendek dan pertengahan kebanyakannya mempunyai ketua keluarga berumur antara 45 dengan 64 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.