Skip to main content

Singapura

Lebih 80,000 isi rumah tinggal di rumah privet akan terima baucar S$1,200 untuk pasang kelengkapan mesra warga emas

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 22 Feb 2026 12:33PM Dikemas Kini : 15 Mar 2026 04:56PM
SINGAPURA: Isi rumah layak yang tinggal di hartanah persendirian masing-masing akan menerima baucar S$1,200 mulai 1 April di bawah skim untuk membiayai kos memasang kelengkapan terpilih yang mesra warga emas.

Skim itu - yang dikenali sebagai Program Penambahbaikan Kediaman bagi Warga Emas Aktif (Perumahan Privet) atau EASE (Privet) - dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 isi rumah, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Ahad (22 Feb).

Untuk layak bagi skim itu, isi rumah berkenaan harus mempunyai sekurang-kurangnya satu anggota yang merupakan warga Singapura berusia 65 tahun dan ke atas, atau berusia antara 60 hingga 64 tahun dan perlukan bantuan untuk melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti kehidupan seharian seperti mandi, memakai pakaian dan makan.

Isi rumah yang layak akan menerima surat mengenai proses permohonan EASE (Privet).

Jika berjaya, mereka boleh mendapatkan khidmat kontraktor pra-kelayakan untuk memasang kelengkapan mesra warga emas terpilih di rumah mereka.

Terdapat tujuh kelengkapan mesra warga emas yang tersedia - palang pemegang, rawatan kalis gelincir untuk lantai, bebendul jalan, susur tangan, perantai penggera kebakaran rumah, alat penyembur bidet dan tempat duduk dalam bilik mandi.

Encik Chee yang juga Anggota Parlimen bagi GRC Bishan-Toa Payoh berkata demikian dalam ucapannya di satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina pada Ahad dengan penduduk kondominium Braddell View.

Baucar itu akan bantu menampung 75 peratus daripada kos pemasangan kelengkapan.

"Saya akan berikan anda contoh. Jika, katakan, anda memasang (kelengkapan) dan keseluruhan jumlahnya mencecah, katakan S$800 secara keseluruhan, pemerintah akan membayar S$600 dan anda membayar S$200 - 25 peratus," kata Encik Chee.

"Dan baki jumlah S$600, anda boleh simpan, dan anda boleh gunakannya kemudian apabila anda memutuskan untuk memasang lebih banyak kelengkapan jika anda perlukannya."

PERMOHONAN BAGI EASE (PRIVET) DILANCARKAN SECARA BERPERINGKAT

Isi rumah dengan warga emas berusia 80 tahun dan ke atas tahun ini serta isi rumah dengan isi rumah berusia antara 60 dengan 64 tahun yang perlukan bantuan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti kehidupan harian, boleh membuat permohonan mulai 1 April.

Isi rumah dengan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan mulai 1 Julai, manakala mereka dengan warga emas berusia 65 tahun dan ke atas boleh berbuat demikian mulai 1 Oktober.

EASE (Privet) adalah sebuah program kebangsaan di bawah Sihat Menua SG untuk meningkatkan sekitaran kehidupan fizikal warga emas dan menyokong penuaan aktif.

Rancangan untuk melancarkannya bagi isi rumah yang tinggal di hartanah persendirian pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dalam kenyataan Belanjawan 2025.

Skim itu sebelum ini dihadkan bagi isi rumah yang tinggal di flat-flat HDB.
Sumber : CNA/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita