Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 8,000 jemaah solat Aidilfitri terakhir di Masjid Darul Makmur sebelum ditutup untuk kerja naik taraf

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 8,400 penduduk di kawasan Yishun menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri yang terakhir di Masjid Darul Makmur sebelum ia ditutup pada Isnin (24 Apr)untuk kerja-kerja naik taraf.

Masjid itu merupakan salah satu daripada 12 masjid yang menawarkan tiga sesi solat Aidilfitri pada tahun ini.
Pagi tadi, ia menerima kunjungan beberapa tetamu istimewa menjelang penutupannya minggu depan.

Ia termasuk Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng Kok Kwang.

Dr Muhammad Faishal mengucapkan terima kasih kepada anggota Lembaga Pentadbir Masjid serta para relawan atas khidmat mereka selama ini.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh masyarakat Yishun khususnya dan masyarakat Islam secara amnya. Saya akan terus bekerjasama dengan pihak masjid untuk memberikan khidmat kepada masyarakat Yishun sewaktu projek peningkatan berjalan,” kata Dr Faishal.
(Gambar: Masjid Darul Makmur) Lembaga Pentadbir dan warga kerja Masjid Darul Makmur bergambar bersama MOS Faishal Ibrahim buat kali terakhir sebelum masjid ditutup Isnin ini dan menjalani projek peningkatan.
Masjid yang dinaik taraf itu nanti akan menempatkan ruang solat yang lebih luas bagi menampung bilangan umat Islam yang semakin meningkat di Yishun, termasuk penambahan ruang solat keluarga yang baru.

Ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan mesra golongan berkeperluan khas bagi jemaah yang menghadapi kesukaran untuk bergerak, dengan menyediakan lif dan tanjakan baru.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan