Lebih 800 warga emas sertai simposium U Live, belajar tentang IT
Lebih 800 warga emas mengambil bahagian dalam simposium tahunan U Live pada Sabtu (3 Nov). Penyertaan ini merupakan satu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun lalu.
SINGAPURA: Lebih 800 warga emas mengambil bahagian dalam simposium tahunan U Live pada Sabtu (3 Nov). Penyertaan ini merupakan satu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun lalu.
Acara tahun ini tertumpu kepada cara memanfaatkan media sosial dan bagaimana untuk membuat pembayaran online.
"Kita boleh meningkatkan kehidupan mereka, memanfaatkan sepenuhnya aplikasi-aplikasi yang boleh membantu sambil berseronok. Lihat teknologi sebagai sesuatu yang tidak harus ditakuti tetapi sesuatu yang praktikal dan berguna dalam kehidupan," kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.
Itulah matlamat Simposium U Live NTUC, di mana para peserta diajar tentang IT oleh warga emas sendiri.
Antara wargga emas yang tampil membantu adalah Zahrah Abdul Wahab 59 tahun, dan Tariam Singh 71 tahun. Mereka celik teknologi dan menjadi sukarelawan bagi membantu rakan-rakan sebaya menimba kemahiran IT.
"Saya banyak menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan saya yang mungkin tak jumpa bertahun-tahun untuk mengeratkan lagi silaturahim, kata Cik Zahrah.
Gerakan buruh berharap lebih ramai lagi akan tampil menjadi sukarelawan.
Menurut Encik Tariam pula, tunjuk ajar rakan-rakan sebaya juga membantu dalam memberikan galakan kepada warga tua mempelajari IT.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.