Lebih 800 jemaah Masjid Darul Makmur solat Jumaat di tapak bekas Sekolah Menengah North View
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Lebih 800 jemaah Masjid Darul Makmur melakukan solat Jumaat di tapak bekas Sekolah Menengah North View pada hari ini (12 Mei).
Ruang sementara di sekolah itu diaturkan bagi memenuhi keperluan penduduk, terutamanya para jemaah lanjut usia dan yang berkeperluan khas.
Ini selepas Masjid Darul Makmur ditutup pada 24 April lalu bagi kerja-kerja naik taraf.
Kebanyakan jemaah digalakkan supaya ke masjid-masjid di kawasan berhampiran seperti Masjid Assyafaah. Masjid Ahmad Ibrahim di Jalan Ulu Seletar dan juga Masjid Petempatan Melayu Sembawang.
KEMUDAHAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA SIAP DALAM MASA TIGA MINGGU
Pagi tadi, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng Kok Kwang serta Derrick Goh meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Encik Shanmugam berkata beliau gembira ruang sementara itu dapat disediakan dalam masa tiga minggu.

Menurut beliau, tapak bekas Sekolah Menengah North View itu dikenal pasti dalam masa beberapa hari dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan para pemimpin akar umbi Nee Soon atas sokongan dan tindakan pantas mereka.
"Saya bercakap dengan pemimpin akar umbi kami di Nee Soon, dan mereka melihat ini sebagai projek yang baik. Oleh itu, mereka akan menyumbang 50 peratus daripada sewa supaya ia menjimatkan wang jawatankuasa masjid yang kemudiannya boleh digunakan untuk projek naik taraf Masjid Darul Makmur. Elektrik disambung semula. Seluruh tempat dibersihkan dan disesuaikan. SLA banyak membantu kami," kata Encik Shanmugam.
Sumbangan tersebut sangat dialu-alukan kata Dr Faishal.
"Kita berasa gembira kerana pihak akar umbi turut berkongsi dalam pembayaran sewa ini. Jadi ia bukan adalah satu yang kita tidak fikirkan kerana ini adalah satu bangunan yang boleh digunakan oleh pihak awam dan juga pihak-pihak yang tertentu supaya aset-aset ini kita mempunyai keseimbangan dalam melestarikan walaupun dia kosong. Jadi ini penting bagi kita untuk memikirkan kos adalah satu aspek dalam penggunaan tempat-tempat untuk kita menggunakan dalam mengerjakan ibadah kita," kata Dr Faishal
Encik Shanmugam berkata kunjungan dari rumah ke rumah turut dijalankan untuk memaklumkan para penduduk berhampiran tentang rancangan tersebut.
"Apabila ramai penduduk datang ke sini untuk bersolat, mungkin ada beberapa masalah seperti (kekurangan)tempat letak kereta. Jadi kami perlu melawat para penduduk berhampiran. Jadi, Encik Louis Ng melawat rumah ke rumah penduduk berhampiran bersama-sama dengan pihak jawatankuasa masjid dan menjelaskan kepada penduduk bahawa tempat ini akan digunakan sebagai ruang solat sementara, dan anda tahu, tidak ada satu isi rumah pun yang membantah. Mereka semua faham," kongsi beliau.

TAPAK SEMENTARA DAPAT TAMPUNG 1,000 JEMAAH
Para jemaah yang ditemui rata-rata mengalu-alukan tapak solat sementara itu.
"Saya lebih senang dapat datang ke sini untuk menunaikan solat Jumaat. Memandangkan solat waktu kita tidak ada . ini yang kita harap ditunaikan. Tempat pun baik, juga selesa," kata Encik Muhamed Rais Kamit.
Encik Fauzie Salleh pula gembira kerana tidak perlu pergi jauh untuk melakukan solat Jumaat.
"Alhamdulillah, ia memadai dan lokasinya sangat senang untuk kita. Tidak perlu merantau cari tempat luar, agak jauh, agak sesak," kata beliau
Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Izuan M Rais memberitahu BERITAmediacorp pihaknya mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan tapak solat sementara itu.

Ini termasuk membersihkan tandas, menyediakan tempat wuduk dan melengkapi ruang solat.
Menurut Encik Izuan, bekas kantin sekolah yang diubah menjadi ruang solat utama boleh menampung kira-kira 500 jemaah manakala ruang legar mempunyai ruang untuk lagi 500 jemaah.
"Kami telah menyediakan beberapa senario yang cuba kami lakarkan. Alhamdulillah hari ini, jemaah yang datang lebih ramai daripada apa yang kami jangkakan. Dan kami telah membuka ruang lain di samping ruang yang disediakan di sini untuk menampung jemaah-jemaah tersebut. Sekiranya ruang-ruang tambahan ini telah penuh juga, kami akan adakan solat untuk sesi yang kedua pula. Kami sudah sediakan imam dan bilal bagi memimpin sesi yang kedua," kata beliau.
Menurut beliau ruang maksimum yang dapat menampung jemaah dengan selesa adalah seramai 1,000 orang.
Sekiranya diperlukan, pihak masjid bersedia berbincang dengan pihak SLA untuk membuka ruang-ruang lain yang bukan dalam penyewaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.