Skip to main content

Singapura

Lebih 800 aduan dibuat terhadap kontraktor ubah elok pada separuh pertama 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 800 aduan dibuat terhadap kontraktor ubah elok pada separuh pertama 2022

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 28 Jul 2022 12:19PM

SINGAPURA: Para pengguna membuat 870 aduan terhadap kontraktor ubah elok rumah pada separuh pertama tahun ini, naik 28 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Khamis (28 Jul) mendedahkan bahawa dua pertiga daripada 807 aduan itu berkaitan kontraktor ubah elok yang gagal menyelesaikan projek mengikut jadual yang ditetapkan dan mutu kerja yang kurang memuaskan. 

Menurut pengguna, tambahan waktu untuk menyiapkan projek adalah antara dua hingga tujuh bulan. Para pengguna mengalami kerugian pembayaran awal sekitar S$57,940 disebabkan penutupan syarikat ubah suai secara tiba-tiba, menurut CASE. 

"Kegagalan kontraktor ubah suai untuk menyelesaikan projek mengikut jadual disebabkan oleh kekurangan tenaga manusia dan kelengahan penghantaran bahan ubah suai akibat gangguan pada rantaian bekalan sejagat," menurut CASE lagi. 

"CASE turut mendapati bahawa beberapa syarikat ubah suai berdepan masalah kewangan atau menjadi muflis, dan tidak dapat menghabiskan projek ubah suai meskipun sudah mendapatkan bayaran pendahuluan daripada pengguna." 

Presiden CASE Melvin Yong berkata: "Para pengguna lazimnya menghabiskan jumlah wang yang besar bagi projek ubah suai rumah. Mereka menjangkakan projek itu diselesaikan tepat pada waktunya dan dengan mutu kerja yang memuaskan. 

"Untuk mengurus jangkaan pengguna dan mengelak sebarang pertikaian, kontraktor ubah suai yang berdepan cabaran untuk menghabiskan projek mengikuti jadual yang sudah ditetapkan harus memaklumkan jangkaan, jadual dan perubahan secara jujur kepada pengguna." 

Beliau juga menasihatkan pelanggan supaya mengelak membuat bayaran awal yang besar jumlahnya dan membuat bayaran secara berperingkat selepas setiap fasa kerja ubah suai diselesaikan. 

Mereka juga boleh melanggani kontraktor ubah suai yang diluluskan CaseTrust. Kontraktor-kontraktor di bawah CaseTrust akan menggariskan butiran harga dengan jelas dan akan bertanggungjawab ke atas semua khidmat yang disenaraikan dalam sebuah projek ubah elok. 

Sekiranya perniagaan itu ditutup tirai, bayaran pendahuluan pengguna akan dilindungi melalui pembelian bon prestasi cengkeram. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita