Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 80% warga emas prihatin hidup dengan endemik COVID-19: Tinjauan SMU

Tinjauan ke atas lebih 7,000 individu berusia 56-75 tahun itu mendapati kebanyakan daripada mereka juga prihatin tentang jaminan pekerjaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2021 05:13PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 09:49PM

SINGAPURA: Lebih 80 peratus warga emas prihatin tentang keadaan kehidupan apabila COVID-19 menjadi endemik.

Dapatan itu adalah antara hasil tinjauan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) selama dua bulan.

Lebih 7,000 orang berusia 56 hingga 75 tahun terlibat dalam tinjauan itu.

Kebanyakan daripada mereka juga prihatin tentang jaminan pekerjaan.

Berucap semasa simposium penuaan berjaya yang dianjurkan buat julung-julung kalinya, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng mengulas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi pekerja lanjut usia.

Ia termasuk kehilangan pekerjaan kerana penggunaan automasi.

Namun Dr Tan menambah cabaran-cabaran seperti itu mesti diubah menjadi peluang baru.

"Potensinya tidak terbatas tetapi ia memerlukan kita untuk memerah otak dan bersikap kreatif tentang bagaimana kita boleh mengubah semula pekerjaan dan tempat kerja serta menggunakan teknologi dengan memanfaatkan kemahiran dan pengalaman pekerja lanjut usia," kata Dr Tan.

"Sedang ia diusahakan, kita juga perlu menyokong pekerja lanjut usia yang mungkin perlu atau berhasrat untuk melakukan tugas lain dengan melengkapi mereka dengan kemahiran baru."

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan