Lebih 78% pelajar duduki peperiksaan peringkat N(A) layak ke Menengah 5
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Daripada 9,000 calon yang menduduki peperikasaan Peringkat Normal (Akademik) tahun ini, 78.4 peratus boleh melanjutkan pelajaran ke Menengah 5.
Calon yang menduduki peperiksaan N(A) dan Normal (Teknikal) menerima keputusan mereka pada Isnin (19 Dis), menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan media.
Sebanyak 8,955 calon (99.5 peratus) dari aliran N(A) dianugerahi sijil peringkat N(A).
Seramai 4,414 calon dari aliran N(T) menduduki peperiksaan. Antara mereka, 98 peratus atau 4,324 calon menerima sijil peringkat N(T).
Tahun ini, 51.9 peratus calon sekolah dari aliran N(A) juga menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran peringkat O, menurut MOE dan SEAB.
Pihak sekolah akan mempertimbangkan keputusan awal peperiksaan peringkat N(A) dan O mereka apabila menentukan kelayakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Menengah 5 N(A) atau laluan posmenengah.
Calon harus memperoleh agregat 19 mata atau lebih rendah dalam mata pelajaran Inggeris, Matematik dan tiga subjek terbaik (ELMAB3), dan sekurang-kurangnya Gred 5 bagi semua mata pelajaran yang digunakan dalam pengiraan ELMAB3 untuk layak ke menengah 5 N(A).
LANGKAH SELANJUTNYA BAGI PELAJAR N(A)
Calon sekolah peringkat N(A) yang memperoleh agregat ELMAB3 sebanyak 19 mata atau lebih rendah, dan memenuhi syarat bagi kursus pilihan mereka boleh memilih untuk mendaftar bagi Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).
Program itu menyediakan laluan untuk pelajar mengikuti kursus diploma politeknik melalui kursus Nitec Lanjutan selama dua tahun di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
Pelajar yang berjaya menamatkan kursus Nitec Lanjutan dan mencapai gred mata purata minimum dijamin mendapat tempat dalam kursus diploma politeknik yang berkaitan dengan kursus Nitec Lanjutan mereka.
Sekitar 1,200 tempat akan ditawarkan di ketiga-tiga kolej ITE. Pendaftaran bermula hari Isnin (19 Dis) melalui portal permohonan ITE.
Calon sekolah peringkat N(A) juga mempunyai pilihan mendaftar Program Asas Politeknik (PFP). Pelajar
layak berdaftar bagi PFP jika mereka memperoleh agregat ELMAB3 sebanyak 12 mata atau lebih rendah, dan memenuhi syarat yang mata pelajaran tertentu bagi kursus yang dipilih.
PFP menawarkan kurikulum berorientasikan pendidikan praktikal yang diajar oleh pensyarah politeknik. Ia mempersiap para pelajar untuk menyertai kursus diploma politeknik yang berkaitan. Jika mereka lulus semua modul dalam program PFP, pelajar akan lanjut ke kursus diploma yang sudah dipilih.
Politeknik akan menawarkan 1,500 tempat bagi program PFP dan permohonan bermula pada Januari 2023, pada hari keputusan GCE peringkat O diumumkan.
Pelajar menengah 4 N(A) yang berhasrat untuk memohon program PFP hendaklah terlebih dahulu melanjutkan diri ke Menengah 5 pada 3 Januari 2023.
Semua pelajar yang ingin memohon PFP dikehendaki menghadiri kelas Menengah 5 di sekolah menengah masing-masing hingga 27 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada laman https://pfp.polytechnic.edu.sg/PFP/index.html.
LANGKAH SELANJUTNYA BAGI PELAJAR N(T)
Setiap pelajar aliran N(T) yang menamatkan pendidikan menengah tahun ini juga boleh memohon untuk melanjutkan pendidikan mereka melalui program Nitec selama dua tahun atau Nitec Lanjutan selama tiga tahun di ITE.
Pihak sekolah juga boleh memindahkan pelajar Menengah 4 N(T) kepada Menengah 4 N(A) jika mereka meperoleh Gred A bagi subjek Inggeris dan Matematik, dan Gred B atau lebih baik bagi satu mata pelajaran lain dalam peperiksaan peringkat N(T).
MOE dan SEAB menggalak calon-calon meneroka pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya yang sedia ada bagi mereka supaya dapat membuat keputusan yang tepat dalam langkah seterusnya. Pelajar dapat merujuk ke laman berikut bagi maklumat lanjut:
• CourseFinder MOE bagi kursus ditawarkan politeknik dan ITE
• MySkillsFuture bagi laluan kerjaya dan pendidikan
Mereka juga boleh berbincang dengan guru atau kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) di sekolah menengah masing-masing untuk membantu mereka membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, atau membuat janji temu untuk sesi kaunseling bersama seorang kaunselor dari Pusat ECG di MOE.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.