Skip to main content

Singapura

Lebih 770 juta alamat emel ditemui dalam pencerobohan data 'terbesar'

Seorang penyelidik keselamatan Internet, Encik Troy Hunt, berkata beliau menemui koleksi terbesar data yang dibocorkan, terdiri daripada lebih 770 juta alamat emel unik dan lebih 21 juta kata laluan unik. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 770 juta alamat emel ditemui dalam pencerobohan data 'terbesar'

(Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Diterbitkan : 18 Jan 2019 10:35PM Dikemas Kini : 18 Jan 2019 10:37PM

SINGAPURA: Seorang penyelidik keselamatan Internet, Encik Troy Hunt, berkata beliau menemui koleksi terbesar data yang dibocorkan, terdiri daripada lebih 770 juta alamat emel unik dan lebih 21 juta kata laluan unik.

Data tersebut, dipanggil Collection #1 dan dikumpul semak oleh Encik Hunt, terdiri daripada pencerobohan data individu terhadap lebih 2,000 pangkalan data, dan tidak mewakili satu khidmat tunggal yang mudah dikenal pasti.

Beliau menambah, data yang dikumpul melibatkan 140 juta alamat emel, dan bukan sebahagian daripada pencerobohan data tunggal besar-besaran.

Encik Hunt, yang mengendalikan khidmat pemberitahuan pencerobohan Have I Been Pwned (HIPB), menemui 772,904,991 alamat emel unik pada satu laman web selepas beliau memadamkan set datanya.

"Jumlah ini menunjukkan pencerobohan data terbesar yang pernah dikesan HIBP," kata Encik Hunt dalam blog beliau.

Dalam masa yang sama, 21,222,975 kata laluan unik juga didapati pada laman tersebut.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita