Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 75,000 kanak-kanak prasekolah akan sertai projek kemasyarakatan

Anggaran Waktu Membaca:
01:14 Min
Lebih 75,000 kanak-kanak dari hampir 1,100 prasekolah akan menyertai beberapa projek kemasyarakatan.
Diterbitkan : 25 Apr 2022 06:02PM Dikemas Kini : 25 Apr 2022 09:13PM

SINGAPURA: Lebih 75,000 kanak-kanak dari hampir 1,100 prasekolah akan menyertai beberapa projek kemasyarakatan.

Jumlah itu adalah yang tertinggi bagi 'Gerakan Permulaan Kecil, Impian Besar' tahunan dengan lonjakan sekitar sembilan kali ganda berbanding tahun 2015.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata beliau berharap gerakan itu akan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjaga keluarga dan masyarakat mereka.

Prasekolah terlibat akan mereka projek khidmat masyarakat bagi kanak-kanak dengan tumpuan "Keluarga Kita, Masyarakat Kita".

Mereka akan menjalankan projek-projek tersebut selama enam bulan.

Antara projek dilakarkan termasuk memberi pek jagaan ke rumah warga emas atau mengadakan pameran seni sebagai pengiktirafan kepada wira masyarakat.

"Di Singapura, keluarga adalah tunggak masyarakat Beginilah caranya kita melahirkan individu yang bingkas yang sudah dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti menyumbang semula. Saya berbesar hati terdapat konsep mendakapi ini dan saya harap pada tahun-tahun mendatang lebih ramai akan turut serta," ujar Masagos Zulkifli
 

Sumber : Agensi berita/RU/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan