Lebih 75% penduduk SG ditinjau percaya pengguna, firma teknologi perlu sama-sama tingkatkan usaha tangani bahaya online: Kajian IPS
Anggaran Waktu Membaca:
- Lebih tiga daripada empat rakyat Singapura percaya bahawa pemerintah, firma-firma teknologi dan para pengguna perlu "melakukan lebih banyak lagi" untuk meningkatkan keselamatan online, menurut satu kajian keselamatan online oleh Institut Pengajian Dasar (IPS).
- Kajian itu yang bertajuk "Bahaya Online di Singapura, dari Bukti ke Tindakan", dijalankan oleh IPS antara Jun 2024 dengan Mei 2025.
- Responden tinjauan menunjukkan sokongan kukuh untuk tindakan undang-undang terhadap bahaya online.
- Para penulis menambah bahawa budaya tanggungjawab bersama boleh dibina menerusi kempen-kempen awam yang mencabar sikap yang meremehkan bahaya.
SINGAPURA: Lebih tiga daripada empat rakyat Singapura percaya bahawa pemerintah, firma-firma teknologi dan para pengguna perlu "melakukan lebih banyak lagi" untuk meningkatkan keselamatan online, menurut satu kajian keselamatan online oleh Institut Pengajian Dasar (IPS).
Daripada 600 responden dalam tinjauan IPS, 94.8 peratus dan 94.9 peratus responden percaya syarikat-syarikat teknologi dan pengguna masing-masing harus melakukan "agak lebih banyak" atau "lebih banyak lagi" untuk meningkatkan keselamatan online.
Kajian itu yang bertajuk "Bahaya Online di Singapura, dari Bukti ke Tindakan", dijalankan oleh IPS antara Jun 2024 dengan Mei 2025.
Dibiayai oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), kajian itu merangkumi perbincangan kumpulan fokus, temu bual mendalam, serta tinjauan terhadap 600 rakyat Singapura dan penduduk tetap Singapura (PR).
Demografi responden yang ditinjau rata-rata mencerminkan taburan jantina dan usia penduduk Singapura pada 2024.
Penyelidik utama Dr Chew Han Ei berkata dapatan itu mencerminkan kepercayaan bahawa walaupun syarikat teknologi dan pemerintah melakukan lebih banyak lagi, ia tidak membebaskan para pengguna daripada tanggungjawab mereka sendiri.
Penyelidik utama bersama, Dr Carol Soon berkata: "Jelas, terdapat rasa tanggungjawab bersama bahawa setiap pihak berkepentingan, termasuk para pengguna yang benar-benar berada di barisan hadapan, di ruang siber, untuk memainkan peranan mereka dalam memerangi bahaya online, dan kita tidak hanya perlu penguatkuasaan dari atas."
Kajian itu dijalankan berikutan pembentangan Rang Undang-Undang Keselamatan Online (Bantuan dan Akauntabiliti) (OSRA) di Parlimen pada Rabu lalu (15 Okt).
Rang undang-undang itu mengusulkan langkah-langkah bagi memperkasakan mangsa bahaya online untuk mendapatkan bantuan segera dan ganti rugi, berikutan hasil tinjauan terkini daripada MDDI yang menunjukkan hampir 85 peratus responden di Singapura menghadapi kandungan online yang berbahaya sepanjang tahun lalu.
PERSEPSI TERHADAP TAHAP SERIUS BAHAYA ONLINE
Tidak seperti tinjauan MDDI yang dijalankan baru-baru ini, yang menggariskan kelaziman bahaya online, para penulis berkata kajian itu memberi tumpuan kepada persepsi terhadap betapa serius bahaya online seumpamanya.
Dalam fasa terakhir kajian itu, para peserta perlu menilai sebanyak 16 bahaya online dalam satu tinjauan.
Ini tidak termasuk bahaya online "utama" seperti skim penipuan dan jenayah siber, eksploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak, kandungan berkaitan keganasan dan pengganasan dan kandungan yang menyokong perbuatan lucah dan jenayah terancang, yang dibincangkan dalam fasa-fasa lebih awal kajian tersebut.
Bahaya yang selebihnya dipecahkan kepada kategori lain untuk memperluaskan pemahaman terhadap bahaya tersebut.
Nuansa tersebut adalah penting untuk memahami laluan bantuan untuk mangsa, kata Dr Chew.
Daripada bahaya online selebihnya, kandungan seksual tanpa izin diberi ranking tertinggi dari segi persepsi keterukan relatif merentasi semua kumpulan umur dan jantina.
Semasa temu bual mendalam, para peserta berkata ugutan untuk menyebarkan gambar-gambar peribadi adalah satu bentuk keganasan rumah tangga yang sering tidak diiktiraf, yang masih boleh berterusan walaupun individu itu sudah pun berpisah.
Promosi tingkah laku berbahaya, seperti mencederakan diri, bunuh diri dan gangguan makan, berada di tempat kedua dari segi perspepsi keterukan.
Sementara itu, gangguan yang disasarkan berada di tempat ketiga dalam senarai itu.
Kenyataan palsu mengenai individu, ucapan berbaur kebencian terhadap kumpulan di luar Singapura dan kenyataan online yang menghasut bahaya, seperti memulakan kempen menyisihkan individu, diberikan rangking terendah dalam senarai itu.
Para penyelidik juga mendapati persepsi terhadap tahap keterukan berbeza bagi setiap demografi.
Sebagai contoh, kandungan seks yang diambil dengan izin diberikan ranking lima secara keseluruhan.
Namun, responden wanita dan golongan pertengahan umur percaya bahawa ia sebenarnya lebih teruk, manakalan responden lebih umur menyatakan ia kurang teruk.
Mengambil kira tahap serius bahaya online, tiga daripada empat responden menilai bahaya kepada individu dan kerentanan mangsa berpotensi sebagai faktor yang sangat atau benar-benar sangat penting.
Dr Soon berkata ranking itu membantu dalam pemberian keutaa
"Kami mempunyai pelbagai jenis bahaya. Disebabkan oleh asas terhadap, pemerintah, agensi perkhidmatan sosial, apa yang harus kita utamakan dahulu? Jadi kajian itu benar-benar menarik perhatian kepada bahaya yang lebih penting," katanya.
Beliau menambah bahaya itu dianggap lebih teruk kepada anggota awam, sama ada kerana mereka pernah mengalaminya secara peribadi atau mengenali individu yang pernah melaluinya.
UNDANG-UNDANG, SARANAN LEBIH KUKUH
Responden tinjauan menunjukkan sokongan kukuh untuk tindakan undang-undang terhadap bahaya online.
Hampir 8 daripad 10 responden berkata undang-undang yang mempertanggungjawabkan para pelaku atas perbuatan mereka dijangka "sangat" atau "amat" berguna.
Sementara itu, 77 peratus responden mahu kandungan dan akaun berbahaya diturunkan secara lebih pantas oleh platform media sosial.
Bergerak ke hadapan, para penulis mengusulkan bidang tindakan untuk mengukuhkan apa yang berkesan, menangani apa yang kekurangan dan menjangkakan bahaya baharu.
Rang Undang-Undang OSRA yang diusulkan adalah langkah besar ke arah yang betul," kata Dr Chew.
Di bawah rang undang-undang itu, sebuah Suruhanjaya Keselamatan Online yang baharu akan ditubuhkan untuk mentadbir mekanisme laporan berkanun bagi mangsa bahaya online.
Tort berkanun juga akan diperkenalkan untuk menyediakan asas undang-undang yang jelas untuk pelaku yang dipertanggungjawabkan.
Namun, lebih banyak boleh dilakukan untuk menangani kekaburan untuk meningkatkan laporan dan penguatkuasaan dan membetulkan salah faham, kata penulis kajian IPS.
Pengarah penyelidikan di SG Her Empowerment (SHE) Natalie Chia, yang juga seorang kolaborator penyelidikan, memberikan contoh seorang individu yang menghadapi gangguan selepas terputusnya hubungan.
Walaupun individu itu berjaya mendapatkan bantuan undang-undang, beliau berdepan cabaran prosedur kerana beliau kurang pasti bagaimana untuk memuat naik bukti.
"Dan jika anda meletakkan diri anda di tempat mangsa, ia juga sangat mencabar, kerana di setiap peringkat, terdapat banyak soalan yang perlu anda jawab," katanya. "Mereka berdepan banyak pertimbangan, jadi ini akan bertambah."
Para penggubal undang-undang dan platform boleh menangani kekaburan dengan menerbitkan garis panduan pelaporan yang jelas, dikemas kini secara berkala dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami bagi menjelaskan peruntukan perundangan.
Dr Soon menambah walaupun OSRA merangkumi kebanyakan remedi undang-undang yang diteroka dalam kajian itu, ia tidak merangkumi keadilan pemulihan dan pemulihan.
"Saya rasa ia adalah sesuatu yang undang-undang sahaja tidak dapat lakukan seorang diri. Ia sesuatu yang benar-benar melibatkan pihak berkepentingan lain seperti agensi perkhidmatan sosial, pendidik, sekolah dan sebagainya," katanya.
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Para penulis menambah bahawa budaya tanggungjawab bersama boleh dibina menerusi kempen-kempen awam yang mencabar sikap yang meremehkan bahaya.
Dr Chew berkata satu trend membimbangkan yang beliau perhatikan adalah normalisasi bahaya online sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, seperti amalan penipuan identiti palsu (catfishing) atau berurusan dengan 'troll' dalam talian.
Beliau menambah bahawa setiap generasi mungkin melihat bahaya itu secara berbeza.
Beliau menekankan bahawa akhir sekali, ia bukan hanya pemerintah dan syarikat teknologi yang mempunyai peranan untuk dimainkan.
"Pengguna sendiri perlu bertindak. Ibu bapa, pendidik dan pertubuhan perkhidmatan sosial semuanya perlu mainkan peranan masing-masing untuk meningkatkan keselamatan online," katanya.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.