Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 700 penyewa miliki flat sendiri pada 2022 hasil bantuan geran & sokongan Pemerintah

Lebih 700 keluarga yang tinggal di flat sewa berjaya memiliki rumah sendiri tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 700 penyewa miliki flat sendiri pada 2022 hasil bantuan geran & sokongan Pemerintah

Flat sewa di Singapura. (Gambar fail: MCI)

SINGAPURA: Lebih 700 keluarga yang tinggal di flat sewa berjaya memiliki rumah sendiri tahun lalu.

Mereka adalah kumpulan terbaru daripada lebih 7,800 isi rumah yang beralih dari flat sewa kepada memiliki rumah sendiri dalam tempoh sedekad lalu.

Peralihan tersebut disokong geran serta bantuan pihak HDB.

Salah seorang daripadanya, Cik Zaidah Ismail 57 tahun, sudah lapan tahun menetap di flat sewa.

Sekitar setahun selepas menyertai Skim Perumahan Permulaan Baru, beliau sekeluarga akhirnya berjaya menjadi pemilik sebuah flat dua bilik fleksi di Punggol.

Di bawah skim berkenaan, Cik Zaidah layak menerima geran S$44,000 untuk membeli flat barunya itu.

"Masalahnya masa duduk rumah sewa itu kita kena bayar bulan-bulan, bayar bil api air. Jadi kalaupun rumah sendiri makna harta sendiri lagi lebih baik. 

"Jadi itu yang saya mahu untuk ada rumah sendiri jadi kalau susah ke apa-apa terjadi, anak saya masih ada tempat untuk tinggal," kata Cik Zaidah.

Skim yang membantu Cik Zaidah itu kini sedang dipertingkatkan HDB.

Ini supaya rumah flat menjadi lebih dimampui serta memenuhi keperluan perumahan yang lebih luas.

Bermula dengan pelancaran BTO bulan depan, mereka yang layak akan diberi pilihan tambahan untuk membeli flat tiga bilik dengan tempoh pajakan lebih singkat, berbanding pajakan 99 tahun.

Tempoh itu bagaimanapun mesti meliputi usia pemilik dan pasangan sehingga mereka berumur 95 tahun.

Buat masa ini, mereka hanya boleh membeli flat dua bilik fleksi yang mempunyai tempoh pajakan antara 45 hingga 65 tahun.

Secara keseluruhan, lagi 2,300 isi rumah sewa sedang menanti masa untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Kumpulan terbaru itu sudah menempah flat baru mereka dan menantikan tarikh mengambil kunci.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan