Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 700 mangsa diberi amaran jangan salur wang ke akaun bank terkait skim penipuan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 700 mangsa penipuan dimaklumkan oleh pihak berkuasa supaya jangan memindahkan wang ke akaun-akaun bank yang "terkait dengan skim penipuan" menyusuli operasi bersama oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan OCBC. 

Kerugian yang berpotensi dialami dianggarkan melebihi S$12.6 juta dan ia "berjaya dielakkan", menurut SPF pada Ahad (16 Apr). 

Pusat Anti Penipuan (ASC) SPF dan OCBC menjalankan operasi bersama dari 16 Mac hingga 15 April yang menyasarkan skim penipuan. Sewaktu operasi tersebut dilancarkan, para pegawai daripada ASC dan bank tersebut meneliti pemindahan wang kepada lebih 500 akaun bank yang timbul dalam laporan-laporan skim penipuan. 

Mereka mengenal pasti mangsa penipuan yang memindahkan wang ke "akaun-akaun bank yang terkait dengan skim penipuan" dan lebih 1,000 SMS dihantarkan untuk memberitahu mangsa tentang skim penipuan yang sedang berleluasa. 

"Mangsa hanya akan menyedari bahawa mereka sudah ditipu setelah menerima SMS daripada polis," menurut SPF. 

SPF memberi amaran kepada orang ramai agar melindungi diri mereka daripada skim-skim penipuan dengan menambah ciri-ciri keselamatan seperti ScamShield dan pengesahan dua faktor bagi akaun peribadi. 

Para pengguna juga harus menetapkan had urus niaga bagi perbankan internet untuk menghadkan jumlah wang yang mungkin lesap menerusi skim penipuan.

Orang ramai juga boleh memeriksa tanda-tanda skim penipuan dengan mengajukan soalan dan memeriksa fakta bagi permintaan untuk mendapatkan maklumat peribadi atau pemindahan wang. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan