Skip to main content

Singapura

Lebih 700 atlit, pegawai terlibat dalam Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai 9-16 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 700 atlit, pegawai terlibat dalam Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai 9-16 Jul

Abdul Halim Kader. (Gambar ihsan: Abdul Halim Kader)

Diterbitkan : 06 Jul 2023 09:27PM Dikemas Kini : 06 Jul 2023 09:42PM
SINGAPURA: Lebih 700 atlit dan pegawai akan terlibat dalam Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai Edisi ke-36 dari 9 hingga 16 Julai nanti.

Ini juga merupakan pertandingan terbesar dalam sejarah penganjurannya berdasarkan jumlah penyertaan atlit dan pegawai.

Demikian menurut Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan media.

Kejohanan itu juga akan melibatkan penyertaan dari lebih 25 negara anggota ASTAF dan ISTAF.
Related article image
Pasukan lelaki Thailand. (Gambar: ASTAF)
Encik Abdul Halim Kader menjelaskan bahawa pihaknya akan turut melibatkan seramai 70 orang Pegawai Teknikal
Antarabangsa termasuk Pengadil ISTAF dan ASTAF pada kejohanan tahun ini.
Related article image
(Gambar: ASTAF)
Menurut kenyataan media itu lagi, dalam rundingan Encik Abdul Halim Kader bersama Thailand, kata sepakat dicapai agar Thailand tidak akan menyertai acara Kuadran lelaki dan wanita pada temasya tersebut.

Ini memberi peluang terbuka kepada mana-mana negara yang menyertai acara tersebut untuk meraih dua pingat emas.
Related article image
(Gambar: ASTAF)
Bagi kejohanan kali ini, beberapa perubahan baru dibuat kepada penggunaan sistem cabaran, yang diyakini dapat membantu para pengadil bertugas dan juga para pemain pasukan yang bertanding.

ASTAF juga turut menjemput Pegawai Sepak takraw dari Arab Saudi untuk melihat dengan lebih dekat penganjuran kejohanan ini di samping mempelajari teknik dan kemahiran sepaktakraw dari negara negara yang mengambil bahagian.

Antara pemain-pemain ternama Malaysia yang akan menyertai kejohanan tersebut adalah Mohd Syahir Rosdi, Khairul Zaman, Azlan Alias, Farhan Adam, Muqhlis Borhan dan Khairul Azizi.

Acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan kali ini adalah berpasukan lelaki dan wanita Divisyen Premier, berpasukan lelaki Divisyen 1, regu lelaki Divisyen 1 dan Divisyen Premier, regu lelaki bawah 21 tahun hanya melibatkan lapan negara, regu campuran, regu wanita Divisyen Premier dan Divisyen 1, kuadran lelaki Divisyen Premier dan Divisyen 1, kuadran wanita Divisyen Premier dan Divisyen 1 dan acara hoop lelaki dan wanita.
Related article image
(Gambar: ASTAF)
Antara negara yang terlibat bagi acara regu lelaki bawah 21 tahun ialah Thailand, Bangladesh, China, Taipei, Sri Lanka, India, Jepun dan Iran.

Pihak penganjur, iaitu Persatuan Takraw Thailand (TAT) akan menyediakan kemudahan penginapan hotel bertaraf lima bintang di bandar Korat pada 9 hingga 16 Julai, untuk menempatkan seramai 700 orang atlit dan pegawai pertandingan dari lebih 25 buah negara.

"ASTAF dan ISTAF amat yakin bahawa kejohanan pada kali ini akan bertambah meriah dengan penglibatan lebih 25 negara dan ia
merupakan medan terbaik untuk para atlit mempamerkan bakat dan kemahiran tinggi mereka dalam sukan sepak takraw.

"Kejohanan terbesar ini juga telah berjaya membuktikan bahawa sukan sepak takraw sudah berkembang ke seluruh dunia dan ia merupakan langkah terbaik untuk merealisasikan sepak takraw di pentas sukan Olimpik," kata Encik Abdul Halim Kader.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita