Skip to main content

Singapura

Lebih 70 laporan surat peras ugut bersama gambar lucah mangsa yang disunting sejak Mac: SPF

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak Mac, terdapat lebih daripada 70 laporan di mana mangsa menerima surat pemerasan serta gambar lucah diri mereka sendiri yang disunting, dedah polis pada Jumaat (19 Apr).

Surat tersebut, yang dihantar melalui pos ke tempat kerja mangsa, mengandungi gambar muka mangsa disunting kepada gambar seorang lelaki dan wanita yang berada dalam "posisi lucah", tulis kenyataan media.

Berdasarkan siasatan awal, gambar mangsa dan alamat tempat kerja diraih daripada sumber online tersedia.

Surat tersebut memberi amaran tentang akibat buruk sekiranya mangsa tidak menghubungi alamat emel yang disediakan.

Jika mangsa menghubungi emel itu, mereka akan diugut untuk memindahkan wang supaya mengelak daripada "gambar dan video mereka yang disunting" didedahkan dan disebarkan di media sosial, tambah polis.

Menurut polis, seorang mangsa 50 tahun kehilangan S$20,000 selepas menghubungi emel tersebut, dan memindahkan wang ke akaun bank diberikan pesalah.

Siasatan masih sedang dijalankan.

Orang awam dinasihatkan agar tidak menghiraukan arahan supaya menghubungi atau memindahkan wang kepada individu lain jika mereka menerima gambar atau video yang disunting.

Mereka juga dinasihatkan untuk melaporkan isu tersebut kepada polis dengan segera, dan meletakkan surat itu di beg berasingan dan menyerahakannya kepada polis.

"Dengan kemajuan teknologi menyunting gambar dan video, penggunaan alat Kecerdasan Buatan (AI), gambar dan video yang disunting semakin digunakan untuk membuat pemerasan," kata polis.

"Jangan berkongsi gambar/video anda online atau melalui aplikasi mesej, kerana ia mungkin jatuh kepada pihak yang salah."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita