Lebih 7,500 karton rokok seludup disorok dalam 2 lori di Pusat Pemeriksaan Tuas
Sebanyak 7,559 karton rokok yang belum dibayar cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Isnin (28 Sep) oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
(Gambar: ICA)
SINGAPURA: Sebanyak 7,559 karton rokok yang belum dibayar cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Isnin (28 Sep) oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Rokok-rokok itu disembunyikan di dalam konsainan kargo dua lori berdaftar di Malaysia.
Lori yang pertama diperiksa pada kira-kira pukul 4.00 pagi apabila para pegawai ICA mengesan "keganjilan" pada imej lori yang diimbas. Lebih 5,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai disorok di bawah konsainan gulungan tisu.
Sekitar 10 minit kemudian, sebuah lagi lori diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut, di mana 2,500 karton rokok haram disembunyikan dalam kotak-kotak yang mengandungi nanas.
Jumlah keseluruhan duti kastam dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar masing-masing bernilai sekitar S$656,299 dan S$52,981, menurut ICA dalam kenyataan medianya pada Khamis (1 Okt).
Tiga lelaki rakyat Malaysia berusia 22, 25 dan 41 tahun diserahkan kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut, menurut ICA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.