Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 7,400 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas ICA

Lebih 7,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas Khamis lalu (27 Dis) dari sebuah trak yang berdaftar di Singapura di Stesen Pengimbas Pasir Panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 7,400 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas ICA

Lebih 7,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 11:09PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 11:11PM

SINGAPURA: Lebih 7,400 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas Khamis lalu (27 Dis) dari sebuah trak yang berdaftar di Singapura di Stesen Pengimbas Pasir Panjang.

Barangan tersebut dijumpai setelah para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melaksanakan pemeriksaan terhadap trak yang membawa kontena setinggi enam meter.

Para pegawai mengesan beberapa keganjilan dalam gambar-gambar imbasan konsainan yang diisytiharkan sebagai "penebatan serabut batuan", menurut ICA.

Semasa pemeriksaan, mereka menjumpai sebanyak 7,498 karton dan 16 paket rokok tidak dibayar cukai disembunyikan dalam konsainan di dalam kontena.

Kes tersebut sudah diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

Menurut ICA, jumlah keseluruhan cukai yang tidak dibayar adalah sekitar S$640,460 dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak dielakkan sekitar S$46,940.

"ICA akan terus menjalankan siasatan keselamatan terhadap para penumpang, kargo dan kenderaan di pusat pemeriksaan untuk mencegah percubaan menyeludup orang-orang yang tidak diingini, dadah, senjata, bahan letupan dan kontraban lain," menurut pihak berkuasa.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan