Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 7,000 pekerja diberhentikan dipadankan bagi pekerjaan sektor logistik, jagaan kesihatan

Lebih 7,000 pekerja berjaya mendapat pekerjaan baru dalam masa tiga bulan lalu hasil bantuan NTUC menerusi Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2020 10:13PM Dikemas Kini : 27 May 2020 10:17PM

SINGAPURA: Lebih 7,000 pekerja berjaya mendapat pekerjaan baru dalam masa tiga bulan lalu hasil bantuan NTUC menerusi Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC).

NTUC memadankan para pekerja dengan syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja.

Ini termasuk syarikat-syarikat dalam sektor-sektor logistik, keselamatan dan jagaan kesihatan.

Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata pihaknya sedar dalam pandemik COVID-19 sekarang, kehilangan pekerjaan adalah satu kemungkinan.

Pihaknya membantu memadankan pekerja kepada pekerjaan baru dan NTUC akan meluaskan keupayaannya dalam bulan-bulan mendatang.

NTUC juga menyokong Majlis Kerja Kebangsaan dalam menghasilkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.

Satu lagi strategi NTUC adalah menggalakkan subsidi gaji dan latihan untuk mendapatkan pekerjaan baru yang lebih baik. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan