Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 69,000 wanita jalani kursus, dapatkan khidmat jagaan kanak-kanak agar boleh kembali bekerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2022 06:39PM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 09:02PM

SINGAPURA: Kursus meningkatkan kemahiran dan khidmat jagaan kanak-kanak buat golongan ibu yang ingin kembali bekerja menjadi sebahagian daripada satu daya usaha baru Workforce Singapore bersama e2i NTUC.

Inisiatif itu sudahpun membantu lebih 69,000 orang wanita mendapatkan pekerjaan sejak 2019.

Selepas bekerja 17 tahun, Cik Zuria Yusope berhenti sebagai pembantu pengurus besar tiga tahun lalu, demi menjaga ibunya.

Tetapi awal tahun ini, Cik Zuria mula mencari kerja semula sebelum menyertai program kembali bekerja selama dua minggu kelolaan Yayasan Mendaki.

Malah, beliau kini berjaya mendapatkan pekerjaan dalam sektor khidmat sosial. 

"Secara peribadi bagi saya, pengalaman saya dan pekerjaan saya sekarang adalah sektor berlainan. Jadi saya memerlukan sokongan itu untuk meningkatkan set kemahiran bagi sektor baru yang saya ceburi ini," kata Cik Zuria. 

Inisiatif Kerjaya Wanita selaras dengan Kertas Putih yang menggalak usaha seluruh masyarakat untuk memacu pembangunan wanita di Singapura.

Workforce Singapore sedang bekerjasama dengan pertubuhan seperti Yayasan Mendaki, Daughters to Tomorrow serta Wanita dan Keluarga NTUC.

Program dan khidmat ketiga-tiga pertubuhan itu bertujuan menangani pelbagai cabaran yang dihadapi kaum hawa sedang mereka kembali ke alam pekerjaan.

"Saya bertemu dengan beberapa wanita tadi. Kebanyakan daripada mereka memberitahu saya tentang perlunya keberanian dan keyakinan terutama mereka yang sudah tidak lama bekerja. 

"Ia boleh menjadi satu cabaran mental untuk mengambil langkah ke hadapan. Jadi ia memerlukan kerjasama dan mungkin bimbingan serta latihan kerjaya," ujar Menteri Negara Tenaga Manusia Cik Gan Siow Huang. 

Para majikan juga digalakkan agar mengambil kira apa yang dilakukan semasa tidak bekerja.

Ia mungkin berharga buat sesuatu pertubuhan itu.

Ini akan membantu majikan memanfaatkan 260,000 wanita yang bukan berada dalam pasaran buruh buat ketika ini.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan