Lebih 6,600 warga SG luar negara sudah daftar untuk Pilihan Raya Presiden
Anggaran Waktu Membaca:

Petikan gambar Jabatan Pilihan Raya (ELD). (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Kira-kira 3,432 warga Singapura menetap di luar negara sudah mendaftar untuk mengundi dalam Pilihan Raya Presiden Jumaat (1 Sep) depan melalui undi pos.
Ia merupakan kali pertama undi pos dilaksanakan buat pengundi di luar Singapura.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyatakan pengundi pos sudah dimaklumkan untuk memuat turun undi pos dan sampul surat untuk dipulangkan.
Ia menggesa para pengundi agar menghantar semula undi mereka lebih awal.
Sampul surat mengandungi kertas undi harus dipulangkan dengan tanda pos sebelum 1 September, iaitu Hari Mengundi.
Sampul surat tersebut harus sampai ke Pegawai Pengurusan Pilihan Raya sebelum 11 September agar ia diterima untuk kiraan undi.
3,217 warga Singapura sudah mendaftar untuk mengundi secara fizikal di 10 stesen mengundi di luar negara.
ELD menyatakan para pengundi tersebut boleh memilih untuk mengundi di stesen yang ditetapkan di Singapura jika mereka berada di negara ini pada Hari Mengundi.
Namun, mereka harus mengisytiharkan bahawa mereka masih belum mengundi dalam Pilihan Raya tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.