Lebih 60,000 keluarga dijangka raih manfaat peluasan subsidi prasekolah mulai 2027
Mulai 2027, lebih 60,000 keluarga dengan anak-anak di peringkat prasekolah dijangka meraih manfaat daripada peluasan subsidi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 2027, lebih 60,000 keluarga dengan anak-anak di peringkat prasekolah dijangka meraih manfaat daripada peluasan subsidi.
Ini apabila had pendapatan isi rumah bagi skim bantuan dinaikkan daripada S$12,000 kepada S$15,000.
Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), langkah itu bertujuan memastikan prasekolah kekal dimampui bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan.
Pada masa yang sama, keluarga dengan pendapatan isi rumah median sekitar S$12,500, yang mempunyai dua anak di prasekolah yang dibiayai pemerintah, hanya perlu membayar S$470 mulai 2027.
Ia merupakan pengurangan sebanyak 35 peratus berbanding jumlah yang perlu dibayar tahun ini.
MSF juga menyatakan bahawa ia sedang mengkaji sama ada untuk menyediakan sokongan lebih bersasar bagi isi rumah dengan ibu atau bapa tunggal.

Sumber : CNA/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.