Skip to main content

Singapura

Lebih 6,000 pegawai polis Malaysia dikenakan tindakan disiplin

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 6,000 pegawai polis Malaysia dikenakan tindakan disiplin

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Nov 2024 04:39PM Dikemas Kini : 19 Nov 2024 05:37PM
  • Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis dikenakan tindakan disiplin atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lalu, menurut Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.
  • Beliau berkata antara hukuman dikenakan ialah buang kerja melibatkan 613 individu, turun pangkat (120), turun gaji (68), lucut hak emolumen (641) dan tangguh pergerakan gaji seramai 152 orang.
  • Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.
  • Sementara itu, ketika ditemui para wartawan, Encik Ayob Khan berkata, dalam memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pihak polis, tindakan tegas harus diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kegiatan salah laku tanpa mengira pangkat.
Dijana oleh AI
KUANTAN: Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis dikenakan tindakan disiplin atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lalu, menurut Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata antara hukuman dikenakan ialah buang kerja melibatkan 613 individu, turun pangkat (120), turun gaji (68), lucut hak emolumen (641) dan tangguh pergerakan gaji seramai 152 orang.

Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan merangkumi aspek integriti, jenayah, rasuah, dadah dan syariah.

"Kalau ada maklumat pelibatan polis sama ada anggota atau pegawai berkenaan salah laku di mana pun boleh berhubung dan salurkan maklumat kepada saya.

"Saya akan susulkan dengan tindakan dan pastikan identiti anda (pemberi maklumat) dilindungi," katanya ketika menyampaikan ceramah Pembudayaan Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Majlis Bandaraya Kuantan 2024 hari ini (19 Nov).

Sementara itu, ketika ditemui para wartawan, Encik Ayob Khan berkata, dalam memulihkan keyakinan masyarakat terhadap pihak polis, tindakan tegas harus diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kegiatan salah laku tanpa mengira pangkat.

Menurut beliau, sekiranya langkah berkenaan gagal dilaksanakan, kepercayaan masyarakat dan rasa hormat terhadap polis akan terhakis.

"Paling penting sebab itu selalu saya tekankan kita ambil tindakan jangan kira pangkat dan kedudukan...sebagai pemimpin pula jangan hanya nak popular dan takut nak ambil tindakan," katanya lagi.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita