Lebih 600 warga SG berjaya dipindahkan dari banjir Hat Yai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 600 daripada 893 warga Singapura yang terjejas oleh banjir di Hat Yai berjaya dipindahkan.
Antara mereka, ada yang kini berada di Lapangan Terbang Hat Yai, manakala ada yang sudah dalam perjalanan pulang ke Singapura.
Sejak Khamis (27 Nov), Kedutaan Singapura di Bangkok berjaya mengesan dan memindahkan 34 warga Singapura dari kawasan banjir langsung ke Lapangan Terbang Hat Yai.
Usaha mengesan dan memindahkan warga Singapura yang masih terkandas di bandar Hat Yai masih diteruskan.
Kedutaan Singapura mengerahkan van untuk membawa mangsa ke lapangan terbang, sedang pertubuhan bantuan bencana Singapura dan Thailand pula menyediakan pengangkutan dari hotel-hotel di bandar Hat Yai.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga berjaya mendapatkan lebih banyak tiket bagi penerbangan Scoot pada Jumaat malam (28 Nov), yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pukul 2.00 pagi nanti.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.