Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 600 NSF jalani kejuruan yang sebelum ini tidak dibuka kepada mereka

Sejak tahun lalu, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudah mengerahkan lebih 600 askar ke kejuruan-kejuruan yang sebelum ini mereka tidak layak menyertainya, dedah Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung dalam ucapannya di perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) hari ini (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 600 NSF jalani kejuruan yang sebelum ini tidak dibuka kepada mereka

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 04:24PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 04:27PM

SINGAPURA: Sejak tahun lalu, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudah mengerahkan lebih 600 askar ke kejuruan-kejuruan yang sebelum ini mereka tidak layak menyertainya, dedah Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung dalam ucapannya di perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) hari ini (2 Mac).

Ini selepas SAF mengumumkan tahun lalu bahawa ia sedang menyemak kriteria pengerahan askar bagi menangani cabaran tenaga manusia, dengan bilangan anggota perkhidmatan negara sepenuh masa dijangka berkurangan sepertiga menjelang 2030.

"Oleh itu, penting untuk memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja yang terbatas ini," kata Encik Ong sambil menambah bahawa penggunaan teknologi membolehkan SAF untuk menyemak keperluan bagi setiap kejuruan.

Teknologi sedemikian berupaya mengurangkan keperluan fizikal bagi sesetengah kejuruan, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataannya.

Kesemua 600 NSF itu dikerahkan ke kejuruan-kejuruan teknikal dalam bidang-bidang seperti penyenggaraan, di mana peranan sebagai seorang jurutera kenderaan kian berubah seiring dengan teknologi.

Sesetengah kejuruan barisan hadapan juga akan mengalami perubahan yang serupa.

Misalnya, para pengendali platform perang seperti kenderaan berperisai generasi seterusnya tidak lagi berdepan dengan tekanan fiziikal kerana ciri-ciri automasi dikendalikan melalui wadah yangmesra pengguna.

"Lebih ramai askar kini boleh menjalankan tugas yang sebelum ini hanya boleh dilakukan oleh askar yang memenuhi syarat-syarat fizikal yang ketat," kata Encik Ong.

Sehubungan itu, MINDEF merancang untuk mengerahkan lagi 1,500 askar ke lebih banyak kejuruan pada tahun ini. Menurut kementerian itu lagi, SAF akan terus menyemak kriteria pengerahan kejuruan.

MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN

Sedang para askar mula layak menyertai lebih banyak kejuruan, Encik Ong menekankan betapa pentingnya untuk terus mempertingkatkan keupayaan individu. "Asas kesediaan operasi adalah kesihatan jasmani," katanya.

Oleh itu, para askar kerahan perlu menjalani program latihan intensif (HIIT) di ruang-ruang masyarakat dan kemudahan-kemudahan sukan sebagai sebahagian daripada projek perintis mulai April ini dengan pelaksanaan sepenuhnya mulai Mei.

Sementara itu, Pusat Kecemerlangan bagi Prestasi Askar (CESP) juga akan melancarkan projek berbilang fasa mulai tahun ini untuk memperkenalkan peralatan yang boleh dipakai dan "pendekatan berdasarkan data" dalam latihan askar.  

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan