Lebih 600 karya dipamerkan di Pameran LASALLE 2024
Kepingan-kepingan yang dihasilkan daripada tanah liat, kapas dan kain putih menjadi 'kanvas' projek akhir tahun Cik Aisyah Mariah.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kepingan-kepingan yang dihasilkan daripada tanah liat, kapas dan kain putih menjadi 'kanvas' projek akhir tahun Cik Aisyah Mariah.
Terselindung di sebalik karya bertajuk 'Kembali' itu adalah mesej yang mendalam tentang akhir hayat.
Kembali adalah salah satu daripada Lebih 600 karya akan dipamerkan dalam Pameran LASALLE tahun ini.

"Saya menggunakan bahan-bahan yang membawa makna kepada proses pengebumian Islam seperti kain putih, yang seakan kain kafan dan juga tanah liat yang dilihat di tanah perkuburan. Saya menjemput para pengunjung untuk mengambil masa seketika untuk renungkan pengalaman hidup, mereka boleh pertimbangkan perjuangan peribadi dari segi fizikal, jasmani dan rohani," kata Cik Aisyah, graduan program Sarjana dalam Terapi Seni Maktab Seni LASALLE.
Kursus yang diambilnya itu menggabungkan pendekatan, metodologi dan perspektif Timur dan Barat untuk melatih ahli terapi seni yang relevan dari segi budaya dan progresif.
"Saya rasa kursus itu bukan saja membangunkan saya sebagai karyawan tapi ia mendorong pertumbuhan peribadi. Saya dapati bahawa seni sangat efektif dalam memahami seseorang dengan cara mendalam. Contohnya semasa saya bekerja dengan individu-individu yang sakit tenat, kami membuatkan hadiah untuk keluarga dan dengan memberi itu, mereka berasa bangga dan memberi kenangan kepada mereka untuk mengingat memori bersama, kata Cik Aisyah lagi.
TONJOLKAN WARISAN MELAYU MENERUSI CORAK-CORAK BATIK

Seorang lagi yang akan memaparkan karya seninya ialah Cik Erny Ellyssa Munir.
Beliau cuba menonjolkan warisan Melayu menerusi corak-corak batik.
"Saya memilih batik sebagai cara untuk menonjolkan warisan Melayu kerana saya terjatuh cinta dengan butir-butir yang sangat rumit. Saya percaya bahawa ia adalah penting untuk menonjolkan warisan Melayu kerana ia adalah budaya kami sendiri. Jadi saya mempraktikkannya dengan melukis batik dalam karya-karya saya," ujar Cik Erny Ellyssa Munir.
Karyanya yang berjudul "Sisa Hartaku" itu mengambil inspirasi daripada kejadian letusan Gunung Merapi pada 2010.
" 'Sisa Hartaku' adalah untuk menunjukkan semangat kemasyarakatan, walaupun ia tidak selalu dilihat ia masih ada di dalam kalangan kami. Pasu-pasu ini melambangkan sebuah masyarakat yang bangkit bersama selepas sebuah bencana," jelas beliau.
Semangat kemasyarakatan itu diterapkan dalam pasu-pasu yang dihasilkan.
Cik Erny melibatkan juga teman-teman dan ahli keluarganya.
Menurutnya, proses menyiapkan pasu-pasu tersebut tidak mudah dan memakan masa kerana beliau perlu menunjuk bagaimana cara untuk menghasilkannya.
Lulusan Diploma dalam Seni Halus itu merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di peringkat ijazah dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru seni.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.