Lebih 600 kakitangan madrasah ditawarkan suntikan vaksin COVID-19
Lebih 600 kakitangan madrasah, termasuk tenaga pengajarnya ditawarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (25 Mac).
SINGAPURA: Lebih 600 kakitangan madrasah, termasuk tenaga pengajarnya ditawarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (25 Mac).
Menurutnya, ia adalah sebahagian daripada usaha di peringkat nasional untuk memperluaskan program vaksinasi kepada kakitangan perkhidmatan penting dan memastikan institusi pendidikan tempatan selamat. Ini kerana para pelajar masih belum layak bagi vaksinasi koronavirus itu, buat masa ini.
Dua Timbalan Mufti Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan dan Ustaz Mohd Murat Md Aris menyertai beberapa kakitangan madrasah, untuk sama-sama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, pada Rabu (24 Mac).
Ustaz Hannan berkata tenaga pengajar madrasah faham pentingnya menerima suntikan vaksin termasuk bagi melindungi orang-orang tersayang mereka selain mengurangkan risiko penularan virus ke orang lain.
Bahkan, katanya masyarakat asatizah dan madrasah memberi sokongan kuat kepada program vaksinasi COVID-19.
Beliau menekankan lagi bahawa menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa dan menggesa mereka agar tidak ragu-ragu mendapatkan vaksinasi apabila tiba giliran mereka.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.